my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Monday 12 January 2015

sajak (prosa) : Dinda vs Kanda

Kanda
Maafkan dinda, kanda
Dalam menjadi suri hati kanda
Dinda telah lupa
Dinda telah leka
Kanda seharusnya taat pada ibunda
Ibundalah permaisuri hati kanda

Kanda
Maafkan dinda, kanda
Kerana sukar melepas keluarga dinda
Mereka yang mengasuh dinda
Mereka yang menjaga dinda
Jangan leraikan ukhwah kami
Jangan leraikan ikatan kita

Kanda
Maafkan dinda, kanda
Kerana cinta dinda terhadap kanda
Tidak sedalam cinta dinda kepadaNya

Kanda
Maafkan dinda, kanda
Dinda tamak haloba
Mana mungkin dinda sanggup
Dinda tidak mahu berkongsi kasih

Kanda
Maafkan dinda, kanda
Kerana dinda seringkali mengalah
Kerana dinda seringkali berserah
Kerana dinda lemah

Kanda
Maafkan dinda, kanda
Kerana dinda umpama timba yang berlubang
Harap kanda bersabar
Harap kanda mampu
Untuk mengisi segala yang kurang

Kanda
Terima kasih kanda
Kerana masih di sini
Kerana masih di sisi
Melayan esak tangis tiada henti.

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami

AnakManusia,
AmiA


No comments:

Post a Comment