my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Monday 13 July 2015

Apabila si Gadis Memilih untuk Bersuara...

12 Julai 2015,
 “A’udzubillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir”
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti. Aamiinnn.
Setiap benda mesti ada permulaan… paling tidak pun sekurangnya mencuba untuk tahu diri ini mampu atau tidak… boleh teruskan atau tidak… itu lah yang terjadi pada amia… dengan doa and debaran… amia melangkah keluar dari rumah… keadaan agak berbeza… beza pada amia… amia berniqab buat kali pertama… Allahu… bukan niat di sini nak menggebang cerita atau riak takbur ujub or sewaktu dengan nya.… Cuma posting untuk berkongsi pengalaman… 
Amia compared balik apa yang amia rasa dulu-dulu… boleh kata semua tahu yang amia ni dulu seksi… yup… itu pengakuan… baju x cukup kain… then amia covered sikit… tapi still freehair… selepas itu mula pakai tudung yet singkat and baju fit body lagi… kemudian sekarang labuhkan sedikit tudung dan longgarkan baju plus berstokin kaki and tangan… namun semalam amia cuba something yang baru… berniqab… ya… menjadi niqabis selama satu hari… maaf kalau ada yang merasakan amia mempermainkan niqab itu sendiri… tidak terlintas langsung… niat hati ini mencuba… jangan dihina mereka yang nak mendekati jalan yang baik… sepatutnya kamu yang berpengetahuan agama membimbing,.. bukan menghakimi…
Dalam 5 keadaan amia tu:
1.       Seksi tak cukup kain
2.       Baju panjang tapi fit and still freehair
3.       Baju fit tapi bertudung walau singkat
4.       Baju longgar, berstokin and tudung labuh sedikit
5.       Berniqab.
 
Amia boleh cakap satu je… walau macam mana keadaan amia pakai… instinct amia kuat sangat rasa yang lelaki tetap pandang amia sama… tak kira la mereka kenal amia atau tidak… sekarang amia berada di stage no 4… bagi lelaki yang dah kenal amia sejak dulu dan azali… ada yang tak boleh nak terima perubahan amia… diminta amia bersederhana… sedangkan amia tak tahu batasan nak bersederhana tu macam mana… ada batas kah…? Apa ukurannya…? Macam mana nak define bersederhana tu apabila pandangan manusia terhadap sesuatu benda itu sendiri berbeza…?
Bagi lelaki yang tak kenal amia pulak… amia agak terkilan… amia berniqab pergi ke mall di tengah kota kuala lumpur… almaklumlah… shopping raya… bawak adik 3 orang… while I’m the only one yang berniqab… tapi pandangan lelaki itu… nyata menyakitkan… sejak dari waktu amia seksi… sampai amia berniqab… sama jugak… pandangan lelaki… melihat seorang perempuan itu dengan pandangan yang sukar ditafsir… mudah kata instinct amia tak suka pandangan mereka itu… amia terkilan sebab perangai mereka… dan jugak kerana mereka anak muda melayu islam… yang konon nya kuat melaung Allahhuakbar… mereka yang sepatutnya terdidik nafsunya di bulan ramadhan mulia… Astagfirrullah al’azhim… tapi kenapa still pandang perempuan macam makanan yang terhidang…?
 Pada mulanya amia ingat itu cuma hati amia sahaja… tetapi amia salah… sebab benda sama dirasai oleh adik amia… angah… angah tegur jugak… katanya…
“ayong… angah tengok lelaki tetap pandang kamu macam tu walau kamu dah tutup semua”
Hati ini tersentak… sampaikan ke tahap adik amia jugak perasankan benda yang sama… kiranya gerak hati amia itu tak salah…
 
 
Semua ini kerana budaya… kerana adat melayu… ya… memang amia salahkan adat dan budaya melayu dalam membela anak… kita sibuk sogokkan anak perempuan harus buat itu dan ini… tutup itu dan ini… anak perempuan itu… anak perempuan ini… niat itu sudah bagus… untuk selamatkan anak gadis melayu dari mereka yang berhidung belang yang sudah pastinya tiap masa mengintai peluang… tapi cuba selamkan balik… mengapa adanya si hidung belang…? si hudung belang tak ada yang melayu kah...?
Kerana kita sibuk menentukan gaya apa anak gadis harus jadi sampai kita yang melayu ini kerap terlupa cara untuk mendidik anak lelaki melayu agar menjadi lebih berguna… memang bukan semua lelaki melayu itu buruk akhlaknya… tetapi kebanyakan mereka macam itu… kita lupa untuk ajarkan anak lelaki cara hormati gadis melayu sendiri… cara untuk mereka menjaga mata dan nafsu… cara mereka mendidik iman supaya iman tidak hanya pada kopiah diatas kepala tapi juga di jiwa… cara supaya mereka menjadi hero yang melindungi daripada syaitan yang mendampingi…

it's not about the dress... it's about the mentality...

 
“Man will always be man”
Itu ayat loser… ya… fitrah kelahiran mereka sebagai lelaki… memang akan mengejar perempuan… memang punya mata yang pantang lepa… punya rasa gatal miang keladi yang tersendiri…  tetapi anak yang lahir sebersih kain putih… kita yang mencorakkan mereka… stop blaming them for becoming the monster they had become today… tapi minta maaf sebab we among the reason of their monstrous eyes… kenapa kita sebagai melayu islam tak boleh nak bendung semua ini…?
Bukan amia bersifat nak kondem lelaki melayu sahaja… tetapi kerana amia gadis melayu… amia tak tahu macam mana kaum lain didik anak mereka… TAMBAHAN PULAK MATA YANG MENCERLUNG PANDANG AMAI ADALAH MATA LELAKI MELAYU… sebab tu amia cakap… I admit… mesti ade kalangan pembaca yang lelaki melayu rasa tak puas hati dengan tulisan amia dalam entry kali ni… ayat pling obvious terlintas kat benak korang,… “bapak amia pon lelaki melayu”… yes… memang melayu… tapi tak salah kalau still nak nasihatkan orang kan…? Amia sendiri pun tak sempurna… masih lagi setiap hari tercatit dosa… TAPI…
 
“adalah wajib bagi seorang saudara islam itu menegur kemungkaran lain yang berlaku dalam pengetahuannya walaupun ketika itu dirinya sendiri sedang melakukan kemungkaran”
AKU MENEGUR KERANA SAYANG,
AKU MENEGUR SUPAYA TAK HILANG,
AKU MENEGUR MOHON KAU MATANG,
AKU MENEGUR DEMI UMMAH TERBILANG.
Kenapa tidak disamping kita cuba melindungi anak gadis… kita latih juga anak lelaki dengan sifat melindungi… kita suruh anak gadis tutup mengikut syariat islam disamping itu ajarkan anak lelaki nilai hormati perempuan… lebih bagus dan mantap kalau kita boleh buat anak lelaki kita menghormati setiap wanita seperti selayaknya seorang anak menghormati ibunya…
**************
Di hari yang sama… tapi dengan pengalaman yang berbeza sedikit…
Amia dan adik2 masuk dalam sebuah kedai kasut… kaki penat berjalan… so amia duduk saja… biar adik2 pusing kedai mencari kasut apa yang mereka mahukan… kita ni banker jaga duit ja,… so duduk je la ye dok… dalam deru deram bukan main ramai lagi umat bershopping… dalam amia duduk tu… datang seorang lelaki cina… dia bertinggung duduk depan amia… amia atas kerusi dan dia menghadap amia… Allah… terkejut… tapi ada soalan keluar dari mulut dia…
Lelaki cina            : kak… I nak tanya satu benda… kenapa dengan tangan you…? Tutup semua dengan glove..
Amia                      : tak de apa… okay saja…
Lelaki cina            : memang kena pakai ke itu glove semua…?
Amia                      : kalau pakai lagi bagus..
Lelaki cina            : kenapa ye akak..? tak boleh sentuh sebab kita lain agama ye akak...?
Amia                      : I punya religion cakap perempuan dengan lelaki tak boleh sentuh… lelaki islam pun tak boleh simply sentuh tau... so kalau I pakai glove… senang… masa mau bayar duit dekat kaunter… I tak risau kalau tangan terkena tau… sebab I pakai glove…
Lelaki cina            : betul la kak… betul… betul… itu tutup muka(niqab) pun sama…?
Amia                      : yup.. tak pakai pun tak pa… tapi kalau pakai lagi bagus…
Lelaki cina            : kalau ex boyfriend boleh pegang tangan tak…?
Amia                      : tak boleh…
Lelaki cina            : masa jadi boyfriend boleh pegang, sudah jadi ex tak boleh pegang ke…?
Amia                      : sebenarnya boyfriend pun tak boleh pegang tau…
Lelaki cina            : I ingat boleh pegang… ramai jugak semua pegang tangan jalan-jalan…
Amia                      : yup… benda itu jadi biasa sebab semua orang buat benda sama… tapi sebenarnya tak boleh tau… Cuma you punya keluarga rapat and blood relatives macam ayah dengan abang saja boleh pegang… kalau lelaki lain mau pegang kena kawin dulu tau…
Lelaki cina            : macam mana itu bercinta kalau tak boleh pegang tangan…? Kalau I nanti malam terbayang tau kak… macam tengok makanan tapi tak boleh makan…
Amia                      : that is the different… perempuan bukan makanan tau… hahahaha… sebab masa bercinta tak boleh pegang… lagi mau cepat-cepat usaha kawin… lagi bagus kan…? Kalau selalu pegang nanti kawin sudah tak special tau…
Lelaki cina            : pandai la you kak… betul la… I lelaki tau… bila you tutup macam ni… I pun mahu tau macam mana you punya muka dengan tangan…  tapi kan kak… satu soalan lagi… ex husband boleh pegang tak…?
Amia                      : hahaha… tak boleh la… sebab bukan husband lagi dah… kalau nak pegang jugak kena remarried tau… jadi husband balik baru
Lelaki cina            : itu macam ye akak… okay… okay… I baru tahu tau boyfriend tak boleh pegang… terima kasih akak… akak… kaki apa saiz…? Tak mau beli kasut…?
Amia                      : tak pe… I tunggu 3 adik I sana tu cari kasut…
 
*amia nampak betapa kelirunya dia… sebagai seorang insan beragama lain… dia terkeliru dengan cara Islam di depan mata… ini kerana Islam kini hanya pada nama… hanya pada kad pengenalan… bukan pada amalan… dan bukan juga pada perbuatan… seronok sebenarnya berkongsi cerita dan ajaran… terutama pada mereka yang berminat… kalau yang islam tak pernah berminat… apa salahnya kita curahkan ilmu pengetahuan pada yang berminat walau dia bukan seagama dengan kita… siapa tahu… kot terbuka hatinya menerima agama Allah…
 
p/s: lelaki cina yang amia maksudkan dalam cerita diatas adalah pemilik kedai kasut ‘Silver Trend’… orangnya tinggi… berambut ala-ala asmawi ani… kurus dan ramah… menyesal pulak terlupa bertanyakan namanya…kalau nak kepastian cerita ini.… pergilah cari orangnya di Kenanga Wholesale City… tanyalah dia… ingat atau tidak seorang perempuan berniqab dengan 3 orang adik perempuan datang beli kasut dan berkongsi cerita…
 
tak salah mencuba... untuk tahu kau mampu gendong atau tidak...
 
 
Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.
 
AnakManusia,
Amia.
 

2 comments:

  1. terima kasih atas coretan dan nasihat yang bermakna ni amia.

    btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Prince of Noob... most welcome btw... done following... :)

      Delete