my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Wednesday 14 January 2015

Cerpen : Hidup Dia

Maisara merupakan sahabat karib Erina sejak mereka sama-sama ditempatkan di Rumah Anak Yatim Darul Kinah... Walau Maisara tua dua tahun berbanding Erina... Namun itu tidak membuatkan hubungan mereka menjadi canggung... Malahan Erina sendiri menganggap Maisara sama seperti kakak kandungnya... Tambahan pula menyedari hakikat diri yang tidak punya siapa-siapa...

Maisara telah berkahwin... Namun nasibnya dirundung malang apabila suami tempat bergantung satu-satunya pergi menghadap Ilahi pada saat inai masih merah di jari... Ajal maut kuasa Allah...  Kemalangan itu  bukan saja meragut nyawa suaminya... Malahan kemalangan itu meragut senyuman dari raut wajah bujur sirih itu...

Paling mengharukan adalah apabila Maisara tidak dibenarkan melihat jenazah suaminya buat kali terakhir... Semuanya gara-gara dia bukan menantu pilihan... Kononnya menurut mereka malang Maisaralah yang telah melekat pada anak mereka... Ya Allah... Begitu berat dugaan hidup seorang anak yatim bernama Maisara...

Ketika Maisara mendapat tahu dia mengandung... Erina adalah insan pertama yang diberitahu... Erina melonjak tumpang gembira... Dalam kesedihan kehilangan insan tersayang... Allah menggantikan pula dengan anak di dalam kandungan... Kini dalam keadaan sarat mengandung juga Maisara masih perlu bekerja... Semuanya kerana dia tiada tempat bergantung...

***
Erina membetulkan tudungnya yang longgar... Menunggu di luar bilik doktor itu cukup membosankan... Dia mengeluh panjang... Setengah jam sudah berlalu... Tetapi langsung tiada tanda-tanda perbualan antara Maisara dan doktor muda tadi akan berakhir...

"Dr. Khairil Nazri... Sedap jugak name doktor ni..." Bisik hati Erina saat terpandang name board di pintu bilik pemeriksaan doktor itu...

"Lama lagi ke ni...? Mengantuk la pulak"

Erina hampir saja terlelap apabila pintu itu dibuka... Kelihatannya Maisara mengucapkan terima kasih kepada doktor itu...

"Apa cerita babe...? Kau sihat je kan...?" Erina umpama tidak sabar mahu tahu...

"Aku ok la... Biasa la pening-pening bila dah sarat macam ni" Balas Maisara... Jawapan Maisara itu sedikit sebanyak melegakan hati Erina...

"Maisara... Jangan lupa ambil vitamin di kaunter depan..." Erina dan Maisara dikejutkan oleh suara doktor muda yang terjengol di pintu...

"Baik doktor..." Jawab Maisara pendek...

Setelah mengambil ubat yang doktor berikan... Maisara dan Erina bergerak pulang ke pejabat... Tambahan pula masa makan tengah hari telah tamat... Nasib baiklah sebelum ke hospital mereka sudah drive-thru di KFC... Makan dalam kereta sambil mengharungi jem jalan juga boleh mengurangkan stress kesesakan lalu lintas... Hahaha...

***

Erina terduduk di lantai hospital... Tangan di bawa ke dada... Menangis semahu-mahunya... Tanpa esak air matanya dibiar mengalir... Erina langsung tidak menyangka si kecil Maisara menerima nasib sama seperti ibunya... Menjadi yatim piatu...

Maisara tidak dapat diselamatkan sewaktu melahirkan bayi sulungnya kerana komplikasi kelahiran... Pendarahan teruk yang akhirnya meragut nyawa seorang insan manis... Doktor Nazri yang menyampaikan berita turut terkesan... Sudah berkali-kali Nazri menyampaikan berita seperti itu kepada ahli keluarga pesakit... Tetapi buat pertama kalinya hati dia dirasakan sedikit sebak... Melihat Erina dengan mata dan hidung yang merah... Menjentik satu rasa... Melihat Erina menemani Maisara di setiap kali pemeriksaan kesihatan membuncahkan rasa di dada doktor muda ini... Nazri hanya berdiri di hadapan gadis yg terduduk lemah itu... Hampir 5 minit dia hanya menjadi pemerhati...

"Mari saya tunjukkan pada awak bayi Maisara..." Hanya baris pendek yang mampu dikarang akalnya... Erina bangun dengan kalut sambil mengelap air matanya... Betapa dia terbawa dek perasaan sehinggakan dia terlupa kepada doktor yang masih berdiri di hadapannya...

Si kecil itu masih merah... Walau hanya melihat dari sebalik dinding kaca... Kasih Erina sudah tumpah pada bayi lelaki Maisara itu... Hidung dan bibirnya yang mirip Maisara cukup membuatkan mata Erina kembali bertubir... Erina sudah menanam tekad... Bayi kecil ini akan dia pelihara... Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk Maisara...

***

"Berehatlah sayang... Aku tahu kau penat... Aku akan selalu mendoakan kau... Kaulah sahabat aku dunia akhirat... Aku akan jaga anak kau sebaik-baiknya... Ini janji aku Maisara... InsyaAllah aku akan mencuba sehabis baik untuk mendidik anak kau menjadi insan berguna... Aku akan beri dia kasih sayang sehingga dia tidak berasa dia seorang yatim piatu... Ini janji aku... Aiman bukan cuma anak engkau... Aiman kini anak aku..." Ditepi pusara yang masih merah Erina mengikrar janji...

"Aku mungkin tidak akan tahu dari mana asal usulku... Adakah dari perasaan cinta dari syaitan... Atau mungkin aku terlahir dari keadaan yang memaksa... Aku tidak akan pernah mengenali dari siapa datangku... Tidakkan mengetahui di rahim perut siapa kejadianku... Terlahir di dunia hanya untuk memahami putarannya... Bukan untuk menghayati keindahannya... Tetapi aku tidak akan membiarkan Aiman merasai apa yang pernah aku lalui... Aiman akan membesar untuk mengetahui... Dia bukan hanya punya seorang... Tetapi Aiman punyai dua ibu..! Semoga Allah menempatkan dikau sahabatku di kalangan mereka yang beriman..."

Dari kejauhan kelihatan Nazri mengendong si bayi kecil yang sedikit merengek...

"Iye sayang ummi... Tunggu sekejab... Ummi ada di sini... Ummi datang ni..."

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
AmiA

No comments:

Post a Comment