my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Tuesday 24 May 2016

Pakcik Ini Datang Dengan Harapan Menjual Telefon Namun Tindakan Lelaki itu Sangat Mengejutkan.

Dari FB Afiq Ikram :(

Petang ni, datang seorang pakcik ke kedai. Hajatnya hendak menjual telefon bimbit.

"nak, telefon nokia lama ni anak ambil tak?", sambil menunjukkan phone seperti dalam gambar.

"hm... ni legend ni pakcik.. maaf pakcik. saya tak ambil.. hm.. maaf tanya cik, kenapa nak jual?", soalku.

terdiam sejenak suasana...

"pakcik nk guna duit untuk sara hidup, bulan ni kurang sikit duit. tak pon macam ni nak. boleh tak cik tinggalkan dlu, hujung bulan cik ambil balik?"

aku terkesima sekejap... rupanya, agak susah keadaan pakcik ni..

"pakcik perlukan berapa?", soalku..

"RM50 boleh nak? hujung bulan nanti cik datang ambil balik telefon, cik bagi balik duit."

sambil membelek telefonnya, aku menyelok duit di tabung kaunter.

"pakcik, duit ni cik ambil, telefon ni cik pegang. mana tahu ada anak nak telefon, saudara mara nak telefon. pakcik tak perlu bayar balik. takpa.. moga urusan pakcik lebih mudah selepas ni.."

"Allahuakbar, terima kasih nak. moga perniagaanmu terus maju"

"amin...", balasku

aku merenung dari cermin gelap kedaiku.. kelihatan isterinya di luar. memegang beberapa bungkusan kecil. Dan mereka saling berpegang tangan melepasi jalan. dengan tongkat di tangan kanan. kelihatan mereka berbisik sesuatu. sambil menoleh ke kedaiku.

pakcik...

biarpun harini rezeki kurang, namun pakcik lebih memerlukan. Doa pakcik menjadi suatu kekuatan buat saya. kadangkala, kerugian itu suatu bentuk keuntungan. anda mungkin rugi duit, tapi anda untung kerana punyai hati yang hidup.

#rasanaknangisjetengokpakciktu


Monday 23 May 2016

Petua Buat Pengantin Yang Nak Gambar Di Pelamin Cantik Meletup-Letup

“KISAH GAMBAR DAN PELAMIN”
.
A : Bro, gambar kau cantik jer yer ko edit, time aku, muka kan main merah lagi photographer aku edit..
B : Lawanyerrrr pelamin ko abammm, sedap & lembut jer tengok
C : Best la gambo ko, nampak sweet jer ko dengan pasangan
.
OK, ini jawapan abam:
.
WARNA PELAMIN
Ambil la warna2 lembut(pastel). Yang ko pergi ambil warna merah, karpet pon merah, semua nak merah, apa yang ko harapkan dari gambo yang di hasilkan??Biru lembut? Cehhh..
.
LAMPU PELAMIN
Setkan la lampu tu satu warna jerr..ambil warna2 soft (purple or blue)..baru nampak mahal..yang pergi ambil lampu warna warni apahal?? ingat funfair ker? pastu muka pula kena lampu yang dipasang… kejap muka ko jadi hulk, kejap jadi adudu..ntah pape laa…ingat photographer korang suka ker? ambil warna lembut2, mesti gamba korang ohsem & photographer senang nak buat gambo.
.
BRIDAL YANG BOLEH BEKERJASAMA
ni satu hal, kadang2 bridal ni sedap tekak dia jer nak letak lampu ngan warna2 bunga yang dia suka.. dia tengok kat mata dia memang la lawa, bila masuk dalam gambar, ada plak korang dalam tuu, terus jadi pelik… photographer plak pening2 kepala nak adjustkan (dah la ko bayau ciput jerr kat photographer)..
bila suggestkan warna2 sepatutnya, buat tak tahu jer.. paling best, bila bridal cakap, “takperrr, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawo”… eyhhh, macam tuu, baik bagi jer photographer duit yang dapat tuu..kalau korang jumpa bridal or MUA yang cakap macam ni, mohon tinggalkan awal2 dan beri la mereka cermin …aummm
.
KERJASAMA DENGAN PHOTOGRAPHER
nak gambar best, muka mesti ada kena senyum maaa… jangan la depan pelamin, muka macam tahi.. lepastu complain kenapa muka jadi macam tuuu…eyhhh, dah tu, nak edit muka satu2 jadi senyum ker?
pose la ikut selesa korang, jangan pula ikut perangai korang jerrr.. bila nak suruh pose dan di ajar, “eyhhh, tak nak la, bla, bla, bla…” bila dapat album, tanya plak naper pose sikit jer, naper tak fun2 pun, bla3x…. hmmmm
tanya pendapat mereka, sesuai or tak warna2 pelamin yang ko impikan…nanti dah dapat gambar, baru nak menyesal...
.
PELAMIN LUAR/BAWAH KHEMAH
tutup keliling pelamin dengan kain..mintak bridal korang tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin..lagi baik, lapis sekali dengan canvas di bahagian2 tersebut.. sebab apa? sebab cahaya di luar, biasa nya tak menentu dan tak sekata..tak paham juga? tanya photographer korang…
.
PAKEJ GAMBAR
ambil la pakej lengkap dari photographer korang.. kalau ko ambil “pakej” SHOOT & BURN jer, pastu harap gambo nyer sama seperti selepas dia edit, mimpi la koranggg… dapat2 plak kalau dia hantar budak2 junior yang turun shoot, lagi kelam la harapan korang..Auchhhh… nak principal or senior yang turun, ambil pakej yang diorang sediakan siap2 untuk tuu…
.
Ada banyak lagi tips, buat masa sekarang, nie jer abam larat tulis..Auchhh
Kalau bermanfaat, share pada rakan2 yang nak kahwin nanti..



Photographer dan bridal yang super ohsem dari:
Image by : Project Secret Pictures ( #teamPSP_Azam_Iskandar)
Bridal by : Iriesh Butik Pengantin ( Nurliyana Abd Jalil )

Copy & Paste dari wall facebook Aizat Villa.

Saturday 21 May 2016

Hafidz Roshdi dan Maria Miracle


Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn. Bhd., Maria Hasmin Marzuki merupakan pengasas kepada makanan kesihatan dan kecantikan yg dikenali sebagai Maria Miracle.

Apa kaitan pula antara hal ini dengan pelakon yang sedang meniti kemasyuran, Hafidz Roshdi?


Maria Miracle yang sudah berada di pasaran sejak bulan September tahun lepas kini memperkenalkan duta mereka, Hafidz Roshdi.

Pelakon yang mengorak langkah dari drama Baby Ana Milik Siapa dan kini terkenal menerusi drama Tundukkan Playboy Itu telah dilantik secara rasmi sebagai The Face of Maria Miracle pada 14 Mei 2016 bertempat di The Garage dengan tema hipster. Seiring dengan tubuh sasa, badan sihat, warna kulit yang sekata dan wajah yang kacak, pelantikan Hafidz Roshdi sebagai duta adalah wajar. Hafidz Roshdi sendiri merupakan pengguna Maria Miracle sebelum beliau dilantik sebagai duta.


Kini bukan perempuan sahaja yang mementingkan paras rupa. Tetapi juga lelaki. Maria Miracle mengikat kontrak selama setahun bersama pelakon playboy kacak ini. Kalau guna Maria Miracle ni memang jadi gebu gebas la jawabnya. Yang lelaki bila dah gebu gebas jangan jadi playboy pula ye. Hahaha.

Produk yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesiahatan Malaysia ini ternyata dalam perancangan yang lebih besar dimana mereka sedang dalam perancangan untuk meluaskan jarian perniagaan ke negara jiran seperti Brunei dan Singapura.



Antara kelebihan Maria Miracle :-
-Tinggi kandungan Vitamin C
-Mengatasi masalah kulit berjerawat, warna tidak sekata dan membantu pengecolan liang roma wajah.
-Tinggi antioksidan
-Langkah awal pencegahan kanser
-makanan tambahan penambah tenaga
-Mengurangkan risiko sakit jantung dan strok.
-didatangkan dalam bentuk serbuk bagi memudahkan penggunaan dan meningkatkan keberkesanan kerana pantas menyerap.
-sedap, perisa strawberry you allzzz..!
-etc.

Berminat menjadi pengedar?
Boleh bermula dengan
~50 kotak (RM 3 200)
~100 kotak (RM 5 400)
~200 kotak (RM 9 800)
~2000 kotak (RM 90 000)

Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk sebarang maklumat lanjut mengenai peluang menjana pendapatan sebagai pengedar dan stokis Maria Miracle.

Telefon : 03-41629590
Fax : 03-41629591
Hotline : 010-5226202
Facebook : Maria Miracle
Instagram : @mariamiracleofficial

Jom jadi WOW dengan Maria Miracle.