“KISAH GAMBAR DAN PELAMIN”
.
A : Bro, gambar kau cantik jer yer ko edit, time aku, muka kan main merah lagi photographer aku edit..
B : Lawanyerrrr pelamin ko abammm, sedap & lembut jer tengok
C : Best la gambo ko, nampak sweet jer ko dengan pasangan
.
OK, ini jawapan abam:
.
WARNA PELAMIN
Ambil la warna2 lembut(pastel). Yang ko pergi ambil warna merah, karpet pon merah, semua nak merah, apa yang ko harapkan dari gambo yang di hasilkan??Biru lembut? Cehhh..
.
LAMPU PELAMIN
Setkan la lampu tu satu warna jerr..ambil warna2 soft (purple or blue)..baru nampak mahal..yang pergi ambil lampu warna warni apahal?? ingat funfair ker? pastu muka pula kena lampu yang dipasang… kejap muka ko jadi hulk, kejap jadi adudu..ntah pape laa…ingat photographer korang suka ker? ambil warna lembut2, mesti gamba korang ohsem & photographer senang nak buat gambo.
.
BRIDAL YANG BOLEH BEKERJASAMA
ni satu hal, kadang2 bridal ni sedap tekak dia jer nak letak lampu ngan warna2 bunga yang dia suka.. dia tengok kat mata dia memang la lawa, bila masuk dalam gambar, ada plak korang dalam tuu, terus jadi pelik… photographer plak pening2 kepala nak adjustkan (dah la ko bayau ciput jerr kat photographer)..
bila suggestkan warna2 sepatutnya, buat tak tahu jer.. paling best, bila bridal cakap, “takperrr, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawo”… eyhhh, macam tuu, baik bagi jer photographer duit yang dapat tuu..kalau korang jumpa bridal or MUA yang cakap macam ni, mohon tinggalkan awal2 dan beri la mereka cermin …aummm
.
KERJASAMA DENGAN PHOTOGRAPHER
nak gambar best, muka mesti ada kena senyum maaa… jangan la depan pelamin, muka macam tahi.. lepastu complain kenapa muka jadi macam tuuu…eyhhh, dah tu, nak edit muka satu2 jadi senyum ker?
pose la ikut selesa korang, jangan pula ikut perangai korang jerrr.. bila nak suruh pose dan di ajar, “eyhhh, tak nak la, bla, bla, bla…” bila dapat album, tanya plak naper pose sikit jer, naper tak fun2 pun, bla3x…. hmmmm
tanya pendapat mereka, sesuai or tak warna2 pelamin yang ko impikan…nanti dah dapat gambar, baru nak menyesal...
.
PELAMIN LUAR/BAWAH KHEMAH
tutup keliling pelamin dengan kain..mintak bridal korang tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin..lagi baik, lapis sekali dengan canvas di bahagian2 tersebut.. sebab apa? sebab cahaya di luar, biasa nya tak menentu dan tak sekata..tak paham juga? tanya photographer korang…
.
PAKEJ GAMBAR
ambil la pakej lengkap dari photographer korang.. kalau ko ambil “pakej” SHOOT & BURN jer, pastu harap gambo nyer sama seperti selepas dia edit, mimpi la koranggg… dapat2 plak kalau dia hantar budak2 junior yang turun shoot, lagi kelam la harapan korang..Auchhhh… nak principal or senior yang turun, ambil pakej yang diorang sediakan siap2 untuk tuu…
.
Ada banyak lagi tips, buat masa sekarang, nie jer abam larat tulis..Auchhh
Kalau bermanfaat, share pada rakan2 yang nak kahwin nanti..
Photographer dan bridal yang super ohsem dari:
Image by : Project Secret Pictures ( #teamPSP_Azam_Iskandar)
Bridal by : Iriesh Butik Pengantin ( Nurliyana Abd Jalil )
Copy & Paste dari wall facebook Aizat Villa.
No comments:
Post a Comment