my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Wednesday, 25 March 2015

Top Management Faculty of Business Unisel is a Big Mess in Handling BB1M...

Context perbincangan umum yang akan dibaca oleh anda adalah sudut pandangan seorang student yang cuma melibatkan mereka yang membuat keputusan berkaitan hal yang akan disebutkan... When i say TMFoB... Its brought the meaning TOP MANAGEMENT who make the decision... Lecturer are not included as they are not participated in the idea of changing our book voucher... The usage of word (TMFoB) is only for the matter of easy understanding...

Sesedap rasa je Top Management #FacultyOfBusinessUnisel (TMFoB) nak buat keputusan and cadangan sendiri... Student datang nak join buat keputusan bukan nak dengar keputusan yang management dah buat... 
(-oo-)

Voucher buku adalah hak pelajar... Hak #Unisel hanyalah sebagai DISTRIBUTOR sahaja... Suara pelajar bergema... Dan kami tidak bersetuju dengan CADANGAN TMFOB untuk tukar #BaucerBuku1Malaysia kami dengan kad dari kedai buku booklink... Beri voucher buku kami kepada kami..!!

Ini bukan isu enteng... Bukan isu seorang pelajar dengan jumlah baucar buku bernilai RM250.00... Tapi ini isu sebuah fakulti... Dengan seramai 3847 orang pelajar dari pelbagai kaum... Dengan nilai baucar buku berjumlah RM 961 750.00...

Adalah dengan ini berdasarkan kepada section 403, Penal Code... Which is kanun keseksaan... Kanun jenayah tertinggi di Malaysia... Top Management Faculty of Business Unisel sendiri boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan dalam menyalahgunakan harta dengan curang... Student adalah dengan ini boleh melaporkan penyalahgunaan ini pada pihak berkuasa... Bukan itu sahaja, dengan pelaksanaan cadangan dari pihak TMFoB ini secara tidak langsung TMFoB akan melanggar garis panduan dan tatacara seperti yang telah ditetapkan kerajaan...

Tindakan TMFoB dah macam merompak  or mencuri HAK dari student FoB Unisel... Section 378 & Section 379 kanun keseksaan menetapkan kegiatan mencuri dan hukuman bagi jatuhnya hukuman kecurian... TMFoB bolehlah diumpamakan seperti merampas hak penggunaan baucar buku student... So biarlah lawyer yang bakal dilantik oleh Unisel sendiri evaluate tahap kesalahan ni... Kalau dah tak tahu sangat pergi bukak Kanun Keseksaan Malaysia... Kalau yang bahasa inggeris nye dikenali sebagai Penal Code... Ini cumalah contoh akta yang boleh diguna pakai dari segi jenayah... Belum masuk akta sivil lagi...

Ingat ye... Dalam garis panduan pemberian baucar buku 1 Malaysia (BB1M) 2015 kepada pelajar dan IPT... Tertakluk kepada perkara 7.9 menyatakan dengan jelas BB1M 2015 TIDAK boleh dipindahmilik, ditukar dengan wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga... TMFoB dengan ini telah MENCADANGKAN untuk menukarkan baucar buku milik pelajar yang berada dalam simpanan mereka sekarang dengan Kad Buku dari sebuah Kedai Small/Medium Enterprise bernama Booklink yang terletak berdekatan dengan Unisel Shah Alam. By fact kedai buku itu belum mampu utk menyediakan keperluan buku-buku seperti yang pelajar mahu... Sekarang pun kedai buku tu suruh pelajar buat pre-order terlebih dahulu disebabkan ketidakmampuan kedai buku berkenaan utk menampung permintaan pelajar...

Mengenai harga yang kompetitif dan tidak meningkat seperti yang disyaratkan kepada kedai buku Booklink itu terhadap harga buku adalah satu tindakan yang tidak perlu diperkatakan... Sememangnya sesuatu barang itu perlu dijual selaras dengan harga yang telah ditetapkan bukan dengan sesuka hati berdasarkan demand... Kami sebagai student ada banyak option kedai buku lain utk dipilih... Kami ada MPH bookstore... Kami ada kedai buku Popular... Kami ada Kinokuniya... And banyak lagi kedai buku lain... Siap lengkap dengan membership card yang melayakkan student mendapat discount lebih lagi sewaktu pembelian buku... Malah sesetengah kedai buku siap provide rebate... Selaras dengan marketing strategy mereka utk gain more sales...

Tambahan pula pihak fakulti which is FoB Unisel (admin) perlu mengemukakan laporan penyerahan BB1M kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 2 mei 2015. Tanpa tandatangan dan nombor kad pengenalan student...? Terutamanya pada laporan Akuan Penerimaan... Adalah dengan ini laporan penyerahan BB1M kepada pihak berwajib adalah tidak boleh diambilkira kerana wujudnya keraguan dan boleh dipertikaikan... Kalau di audit oleh Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian kewangan SPT, Unit Audit dalam STP dan BSN... Sure sangkut punyelah... Or adakah nombor kad pengenalan kami akan digunakan tanpa izin kami oleh pihak FoB...? Oh... Itu masih menjadi pertikaian... Wallahualam...

Student yang datang... Hakikat nye lebih ramai lagi... Dewan penuh kiri kanan...

Top management yang menghadirkan diri
Bak kata Dekan FoB pada perhimpunan umum antara beliau dengan students FoB yang berlangsung pada 25/03/2015 pukul 12:00-1400 bertempat di dewan PCH, Kampus Unisel, Shah Alam sebentar tadi... Card dari booklink akan memanjangkan tempoh kepenggunaan pembelian sehingga 30 August 2015... Satu lagi tatacara kepenggunaan BB1M telah diviolated oleh pelaksanaan cadangan tidak munasabah ini... Sedangkan sebelum ini pelajar berjaya menghabiskan baucar dengan jayanya tanpa sebarang kes delay atau apa-apa kecelaruan... Tak pernah minta masa tambahan pun...

Perhimpunan seperti yang disebutkan diatas adalah utk bantahan terhadap cadangan yang disuarakan oleh Dekan FoB kepada Senate Unisel... Hampir 2000 students FoB Unisel yang hadir boleh menjadi saksi setiap patah perkataan yang dikatakan oleh top management sebentar tadi... Bukan student FoB shaja... Student Faculty lain pon ada... Paling best pihak CICT Unisel sendiri telah merekod video yang menurut kata salah seorang wanita dalam top management... "Video ini akan dihantar kepada pihak kementerian..." Penuh dengan emosi jawapan yang diberikan oleh cik puan terbabit... Sesungguhnya kami sebagai student menunggu video terbabit sampai kepada pihak berwajib bagi tujuan audit on the tatacara... Thanks by the way dear madam... Thanks sangat...

Tentang berapa lama pihak admin FoB habiskan masa untuk distribute the voucher is totally out of student concern... Tatacara cakap 14 hari mesti dapat kat tangan pelajar... So... Adalah menjadi tanggungjawab fakulti utk memastikan masa yang ditetapkan itu ditepati... Lagipun... Admin fakulti semua menerima gaji... Bukan mereka buat kerja sukarela yang mereka nak bising sangat tu... Masa terima gaji diam pulak... Padahal masa kerja mulut laju je nak marah bebel kiri kanan... X puas hati kene kerja lebih lettew...

Congrat to Anis Azmani n Mariam Madihah as both of them come out with such good arguments utk perhatian dari top management unisel...  Management suck anyway... Everybody know... Tambahan plak bila compare dengan other profit based higher instituition... Jatuh bawah gaung please...

Motion yang patut dibentang dan didebatkan patut berlangsung hingga pukul 2pm namun wrap pukul 1.40pm... Dengan alasan top management ada hal to cater and handle... Sedangkan waktu perhimpunan sehingga pukul 2 petang itu diadakan dengan kebenaran dan pengesahan kehadiran dari pihak mereka sendiri... Tapi nampaknya top management sendiri dah tak sanggup dengar aduan tentang KETIDAKMAMPUAN mereka dalam pengurusan kot... Masing-masing dah emosi... kecelaruan dalaman sendiri pun top management dah tak boleh nak handle... Lagi nak kacau hak pelajar... Kami cakap benda fact... So kami tak takut... Beri saja baucar buku kami kepada kami... Thing settle... As easy as that... Tahun-tahun sebelum ni tak de pulak timbul masalah seperti ini... Keadaan pun tidak kecoh... Alhamdulillah Malaysia masih aman... Basically perhimpunan tadi... Pihak yang kononnya nak memberi penjelasan telah meninggalkan dewan dalam keadaan yang sedang hangat dan terpinga-pinga...

Secara jujurnya mereka kalah berlawan kata... Tapi MUNGKIN mereka mau guna kuasa veto mereka sewaktu meeting senate nanti... Kita tunggu dan lihat... Cuma mampu harap yang terbaik... Kebanyakkan lecturer tidak tahu menahu tentang hal ini... So Amia nak mintak maaf la seandainya ada yang terasa dengan tulisan insan kerdil ini... Amia tidak menjuruskan tulisan kepada tenaga pengajar... Sebaliknya lebih kepada mereka-mereka yang memberi cadangan tanpa mengambil kira hak kami sebagai penerima dan pemilik BB1M...

Entry blog ini telah dikawalselia dan beberapa perubahan telah dibuat berdasarkan beberapa aduan yang diterima... Terima kasih...

P/s: kalau rasa cadangan itu baik... Fikir semula kenapa kerajaan tak apply benda sama... Padahal kerajaan boleh je keluar undang-undang suruh student boleh pergi bawa kad pengenalan sahaja... Baucar telah diserah pada rangkaian kedai buku... Then shoppinglah sampai lebam disana... Mungkin Unisel pun kena applied problem solving by using Pareto Chart macam yang kebanyakkan student business belajar sekarang...

Ok la kawan2... Amia nak masuk kelas yang macam rumah kedai yang ade cuma satu whiteboard uzur, kerusi and meja rosak plus aircond tak boleh function untuk teruskan pengajian yang tersangkut ni... Mutual respect... Anda tahu hormat hak kami... Kami tiada masalah nak terus menghormati anda...

Jom viralkan...!!

#Uniselian
#SuaraMahasiswa
#Bangkitlah
#MerekaLawan
#KamiLawan
#SuaraStudentTidakLemah

StudentBachelorOfAccountancy,

No comments:

Post a Comment