my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Thursday 19 March 2015

Resipi : Ikan Masak Masam Cuka

Mia tetiba lak boleh teringat dengan masakan ala-ala kampong... owh sedapnya.... dan tiba2 jugak lah tangan ni gatal nak update pasal resipi... hehehehe...  resipi yang mia nak bagi hari ni merupakan resipi turun temurun my family... huhuhu... tok yang cipta hasil dari ketidaksengajaan... its among my fav food.. so why not korang cuba pulak.. selamat mencuba... By the way... Just nak bagi tahu korang... Ikan masak masam cuka ni merupakan salah satu makanan yang elok di makan oleh wanita dalam pantang sebab kandungan rempah n halba yang tinggi... Yumyum...!! Lets cooking...!!

Ikan Masak Masam Cuka


2 ekor ikan sederhana besar dipotong dua (digoreng kunyit)
Sebiji bawang merah dimayang halus
Sebiji bawang kuning india dipotong 6
Sedikit halia
Satu (1)sudu rempah halba biji sawi
Tiga (3) ulas bawang putih dimayang halus
Satu (1) sudu lada hitam biji
3-4 biji cili hijau dibelah tengah
3 sudu besar cuka buatan
Secubit kunyit serbuk untuk warna kuning keemasan
Sedikit minyak
Air, garam dan gula secukupnya

1.       Masukkan minyak kedalam kuali. Goreng bawang merah, bawang putih, halia, halba dan lada hitam sehingga naik bau.
2.       Masukkan sedikit air bersama cuka.
3.       Biar mereneh sebelum masukkan cili hijau dan bawang kuning india. Biar 5 minit.
4.       Masukkan ikan, serbuk kunyit, garam dan gula.
5.       Selepas 3 minit. Sedia untuk dihidang.
6.       Selamat mencuba dear readers... 


p/s : ikan laut atau darat sesuai je untuk resipi tok mia ni. Cuka jgan byak sangat. Biar rase masam2 manis cukuplah. Kalau anda suka pedas, boleh tambah cili api dalam masakan ni. 

2 comments: