my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Thursday 26 March 2015

sajak : AKU

Aku..
siapa aku...?
Aku ringan umpama debu...
Kan diterbangkan angin lalu...
Aku berat umpama batu...
Kan tenggelam didasar kalbu...
Aku kecil...
Sebesar zarah yang tidak kelihatan...
Aku besar..
sehingga kehadiranku umpama gangguan...
Aku melukut...
Hadirku pada meraka yang ruji...
Aku emas salut...
Pada mereka yang menghargai...
Manakan kau layak nikmati sagu...
Andai ruyung tiada usaha kau pecahkan...
Bila kau dah berjalan pergi tinggalkan aku...
Maka jangan menoleh...
Kerana bila aku berjaya memotongmu...
Aku tidak mahu kau berkejar berdampingku...
Kerana kau pernah menganggap aku debu...
Sedangkan aku, adalah aku...

AmiaTersepitMeja

Wednesday 25 March 2015

Top Management Faculty of Business Unisel is a Big Mess in Handling BB1M...

Context perbincangan umum yang akan dibaca oleh anda adalah sudut pandangan seorang student yang cuma melibatkan mereka yang membuat keputusan berkaitan hal yang akan disebutkan... When i say TMFoB... Its brought the meaning TOP MANAGEMENT who make the decision... Lecturer are not included as they are not participated in the idea of changing our book voucher... The usage of word (TMFoB) is only for the matter of easy understanding...

Sesedap rasa je Top Management #FacultyOfBusinessUnisel (TMFoB) nak buat keputusan and cadangan sendiri... Student datang nak join buat keputusan bukan nak dengar keputusan yang management dah buat... 
(-oo-)

Voucher buku adalah hak pelajar... Hak #Unisel hanyalah sebagai DISTRIBUTOR sahaja... Suara pelajar bergema... Dan kami tidak bersetuju dengan CADANGAN TMFOB untuk tukar #BaucerBuku1Malaysia kami dengan kad dari kedai buku booklink... Beri voucher buku kami kepada kami..!!

Ini bukan isu enteng... Bukan isu seorang pelajar dengan jumlah baucar buku bernilai RM250.00... Tapi ini isu sebuah fakulti... Dengan seramai 3847 orang pelajar dari pelbagai kaum... Dengan nilai baucar buku berjumlah RM 961 750.00...

Adalah dengan ini berdasarkan kepada section 403, Penal Code... Which is kanun keseksaan... Kanun jenayah tertinggi di Malaysia... Top Management Faculty of Business Unisel sendiri boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan dalam menyalahgunakan harta dengan curang... Student adalah dengan ini boleh melaporkan penyalahgunaan ini pada pihak berkuasa... Bukan itu sahaja, dengan pelaksanaan cadangan dari pihak TMFoB ini secara tidak langsung TMFoB akan melanggar garis panduan dan tatacara seperti yang telah ditetapkan kerajaan...

Tindakan TMFoB dah macam merompak  or mencuri HAK dari student FoB Unisel... Section 378 & Section 379 kanun keseksaan menetapkan kegiatan mencuri dan hukuman bagi jatuhnya hukuman kecurian... TMFoB bolehlah diumpamakan seperti merampas hak penggunaan baucar buku student... So biarlah lawyer yang bakal dilantik oleh Unisel sendiri evaluate tahap kesalahan ni... Kalau dah tak tahu sangat pergi bukak Kanun Keseksaan Malaysia... Kalau yang bahasa inggeris nye dikenali sebagai Penal Code... Ini cumalah contoh akta yang boleh diguna pakai dari segi jenayah... Belum masuk akta sivil lagi...

Ingat ye... Dalam garis panduan pemberian baucar buku 1 Malaysia (BB1M) 2015 kepada pelajar dan IPT... Tertakluk kepada perkara 7.9 menyatakan dengan jelas BB1M 2015 TIDAK boleh dipindahmilik, ditukar dengan wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga... TMFoB dengan ini telah MENCADANGKAN untuk menukarkan baucar buku milik pelajar yang berada dalam simpanan mereka sekarang dengan Kad Buku dari sebuah Kedai Small/Medium Enterprise bernama Booklink yang terletak berdekatan dengan Unisel Shah Alam. By fact kedai buku itu belum mampu utk menyediakan keperluan buku-buku seperti yang pelajar mahu... Sekarang pun kedai buku tu suruh pelajar buat pre-order terlebih dahulu disebabkan ketidakmampuan kedai buku berkenaan utk menampung permintaan pelajar...

Mengenai harga yang kompetitif dan tidak meningkat seperti yang disyaratkan kepada kedai buku Booklink itu terhadap harga buku adalah satu tindakan yang tidak perlu diperkatakan... Sememangnya sesuatu barang itu perlu dijual selaras dengan harga yang telah ditetapkan bukan dengan sesuka hati berdasarkan demand... Kami sebagai student ada banyak option kedai buku lain utk dipilih... Kami ada MPH bookstore... Kami ada kedai buku Popular... Kami ada Kinokuniya... And banyak lagi kedai buku lain... Siap lengkap dengan membership card yang melayakkan student mendapat discount lebih lagi sewaktu pembelian buku... Malah sesetengah kedai buku siap provide rebate... Selaras dengan marketing strategy mereka utk gain more sales...

Tambahan pula pihak fakulti which is FoB Unisel (admin) perlu mengemukakan laporan penyerahan BB1M kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 2 mei 2015. Tanpa tandatangan dan nombor kad pengenalan student...? Terutamanya pada laporan Akuan Penerimaan... Adalah dengan ini laporan penyerahan BB1M kepada pihak berwajib adalah tidak boleh diambilkira kerana wujudnya keraguan dan boleh dipertikaikan... Kalau di audit oleh Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian kewangan SPT, Unit Audit dalam STP dan BSN... Sure sangkut punyelah... Or adakah nombor kad pengenalan kami akan digunakan tanpa izin kami oleh pihak FoB...? Oh... Itu masih menjadi pertikaian... Wallahualam...

Student yang datang... Hakikat nye lebih ramai lagi... Dewan penuh kiri kanan...

Top management yang menghadirkan diri
Bak kata Dekan FoB pada perhimpunan umum antara beliau dengan students FoB yang berlangsung pada 25/03/2015 pukul 12:00-1400 bertempat di dewan PCH, Kampus Unisel, Shah Alam sebentar tadi... Card dari booklink akan memanjangkan tempoh kepenggunaan pembelian sehingga 30 August 2015... Satu lagi tatacara kepenggunaan BB1M telah diviolated oleh pelaksanaan cadangan tidak munasabah ini... Sedangkan sebelum ini pelajar berjaya menghabiskan baucar dengan jayanya tanpa sebarang kes delay atau apa-apa kecelaruan... Tak pernah minta masa tambahan pun...

Perhimpunan seperti yang disebutkan diatas adalah utk bantahan terhadap cadangan yang disuarakan oleh Dekan FoB kepada Senate Unisel... Hampir 2000 students FoB Unisel yang hadir boleh menjadi saksi setiap patah perkataan yang dikatakan oleh top management sebentar tadi... Bukan student FoB shaja... Student Faculty lain pon ada... Paling best pihak CICT Unisel sendiri telah merekod video yang menurut kata salah seorang wanita dalam top management... "Video ini akan dihantar kepada pihak kementerian..." Penuh dengan emosi jawapan yang diberikan oleh cik puan terbabit... Sesungguhnya kami sebagai student menunggu video terbabit sampai kepada pihak berwajib bagi tujuan audit on the tatacara... Thanks by the way dear madam... Thanks sangat...

Tentang berapa lama pihak admin FoB habiskan masa untuk distribute the voucher is totally out of student concern... Tatacara cakap 14 hari mesti dapat kat tangan pelajar... So... Adalah menjadi tanggungjawab fakulti utk memastikan masa yang ditetapkan itu ditepati... Lagipun... Admin fakulti semua menerima gaji... Bukan mereka buat kerja sukarela yang mereka nak bising sangat tu... Masa terima gaji diam pulak... Padahal masa kerja mulut laju je nak marah bebel kiri kanan... X puas hati kene kerja lebih lettew...

Congrat to Anis Azmani n Mariam Madihah as both of them come out with such good arguments utk perhatian dari top management unisel...  Management suck anyway... Everybody know... Tambahan plak bila compare dengan other profit based higher instituition... Jatuh bawah gaung please...

Motion yang patut dibentang dan didebatkan patut berlangsung hingga pukul 2pm namun wrap pukul 1.40pm... Dengan alasan top management ada hal to cater and handle... Sedangkan waktu perhimpunan sehingga pukul 2 petang itu diadakan dengan kebenaran dan pengesahan kehadiran dari pihak mereka sendiri... Tapi nampaknya top management sendiri dah tak sanggup dengar aduan tentang KETIDAKMAMPUAN mereka dalam pengurusan kot... Masing-masing dah emosi... kecelaruan dalaman sendiri pun top management dah tak boleh nak handle... Lagi nak kacau hak pelajar... Kami cakap benda fact... So kami tak takut... Beri saja baucar buku kami kepada kami... Thing settle... As easy as that... Tahun-tahun sebelum ni tak de pulak timbul masalah seperti ini... Keadaan pun tidak kecoh... Alhamdulillah Malaysia masih aman... Basically perhimpunan tadi... Pihak yang kononnya nak memberi penjelasan telah meninggalkan dewan dalam keadaan yang sedang hangat dan terpinga-pinga...

Secara jujurnya mereka kalah berlawan kata... Tapi MUNGKIN mereka mau guna kuasa veto mereka sewaktu meeting senate nanti... Kita tunggu dan lihat... Cuma mampu harap yang terbaik... Kebanyakkan lecturer tidak tahu menahu tentang hal ini... So Amia nak mintak maaf la seandainya ada yang terasa dengan tulisan insan kerdil ini... Amia tidak menjuruskan tulisan kepada tenaga pengajar... Sebaliknya lebih kepada mereka-mereka yang memberi cadangan tanpa mengambil kira hak kami sebagai penerima dan pemilik BB1M...

Entry blog ini telah dikawalselia dan beberapa perubahan telah dibuat berdasarkan beberapa aduan yang diterima... Terima kasih...

P/s: kalau rasa cadangan itu baik... Fikir semula kenapa kerajaan tak apply benda sama... Padahal kerajaan boleh je keluar undang-undang suruh student boleh pergi bawa kad pengenalan sahaja... Baucar telah diserah pada rangkaian kedai buku... Then shoppinglah sampai lebam disana... Mungkin Unisel pun kena applied problem solving by using Pareto Chart macam yang kebanyakkan student business belajar sekarang...

Ok la kawan2... Amia nak masuk kelas yang macam rumah kedai yang ade cuma satu whiteboard uzur, kerusi and meja rosak plus aircond tak boleh function untuk teruskan pengajian yang tersangkut ni... Mutual respect... Anda tahu hormat hak kami... Kami tiada masalah nak terus menghormati anda...

Jom viralkan...!!

#Uniselian
#SuaraMahasiswa
#Bangkitlah
#MerekaLawan
#KamiLawan
#SuaraStudentTidakLemah

StudentBachelorOfAccountancy,

Thursday 19 March 2015

Resipi : Ikan Masak Masam Cuka

Mia tetiba lak boleh teringat dengan masakan ala-ala kampong... owh sedapnya.... dan tiba2 jugak lah tangan ni gatal nak update pasal resipi... hehehehe...  resipi yang mia nak bagi hari ni merupakan resipi turun temurun my family... huhuhu... tok yang cipta hasil dari ketidaksengajaan... its among my fav food.. so why not korang cuba pulak.. selamat mencuba... By the way... Just nak bagi tahu korang... Ikan masak masam cuka ni merupakan salah satu makanan yang elok di makan oleh wanita dalam pantang sebab kandungan rempah n halba yang tinggi... Yumyum...!! Lets cooking...!!

Ikan Masak Masam Cuka


2 ekor ikan sederhana besar dipotong dua (digoreng kunyit)
Sebiji bawang merah dimayang halus
Sebiji bawang kuning india dipotong 6
Sedikit halia
Satu (1)sudu rempah halba biji sawi
Tiga (3) ulas bawang putih dimayang halus
Satu (1) sudu lada hitam biji
3-4 biji cili hijau dibelah tengah
3 sudu besar cuka buatan
Secubit kunyit serbuk untuk warna kuning keemasan
Sedikit minyak
Air, garam dan gula secukupnya

1.       Masukkan minyak kedalam kuali. Goreng bawang merah, bawang putih, halia, halba dan lada hitam sehingga naik bau.
2.       Masukkan sedikit air bersama cuka.
3.       Biar mereneh sebelum masukkan cili hijau dan bawang kuning india. Biar 5 minit.
4.       Masukkan ikan, serbuk kunyit, garam dan gula.
5.       Selepas 3 minit. Sedia untuk dihidang.
6.       Selamat mencuba dear readers... 


p/s : ikan laut atau darat sesuai je untuk resipi tok mia ni. Cuka jgan byak sangat. Biar rase masam2 manis cukuplah. Kalau anda suka pedas, boleh tambah cili api dalam masakan ni. 

Wednesday 18 March 2015

Getus Hati Seorang Perempuan



Pompuan ni sebenarnya nak attention je... Macam yang sedia maklum... Mmg ada jenis perempuan yang attention seekers... Jenis yang kejar like kat fb.... Yang jenis kejar follower... Hurm... Da nak buat macam mana... Sifat perempuan sememangnya tertarik pada perhatian... Kalau seorang pompuan tu dah dapat perhatian secukupnya... Klau dia di appreciate sepenuhnya...  Xkan ade la istilah pompuan attention seekers... Kat sini la peranan pasangan... Appreciate and bagi attention... Kalau tak dapat attention and appreciation dari pasangan la yang menjadikan pompuan bertukar jadi attention seekers... Sebab nak attention... Beralih dari gain attention from pasangan kepada try gaining attention from public... Bila wife kau post gambar dia cantik2... Mula kau meradang... Sebab ramai lelaki yang like... Ramai lelaki komen... Ramai lelaki puji... Kau cemburu... Padahal kau tu sendiri yang mengundang perempuan jadi macam tu... Kau akan keluar ayat... 

"Tak payah update pape... Nak bagi tahu dekat siapa semua tu...?"



To be honest... Kau tau reason kenapa dia update gambar and all those statuses...? Sebab dye nak bagi tahu dekat pasangan dia... Apa yang dia tengah buat... Kire macam nak report pergerakan dia secara tak langsung... Dia nak wasap kau... Nak bagi tahu... Tapi bila dia wasap kau x bagi attention pon... Paling haru bila kau read wasap dari dye... Tapi kau x balas... Dye kol kau x angkat... Kau tidor... Kau tahu x betapa risau dia rasa bila kau diamkan diri macam tu...? Perempuan ni memang kuat overthink... Tu sifat kami... Lelaki plak jenis yg amik mudah... So dengan over think and tahap akal cuma satu ni... Pompuan pon update la kat media sosial about her life... Niat dye just nak kau tahu and pay attention...



Sebenarnya xde la sangat niat nak bagi tahu kat orang... Tapi dye just nk orang yang dia sayang perasan kehadiran dia... Sedar kewujudan dia... Appreciate usaha dia... Kadang tu a word of thanks is enough... Just tunjuk sikit yang kau appreciate dia... Kalau kau suka attention yang dia beri kat kau... Kenapa kau tak boleh bagi dia attention yang sama...? Be fair la kan... Kalau kau cakap kau x suke ngan attention yang dia bagi... Kalau kau rasa rimas dengan segala wasap, text and kol dari dia... Kalau kau perlukan masa untuk kau bersendirian... Sebenarnya kau bukan cintakan dia... Kalau kau betol cintakan pasangan kau... Tak kan ada istilah rimas... Kau layankan aje... Malah kau suka... 



Pasangan adalah orang yang kau perlu consider utk berkongsi masalah... Kau kena tahu... Fitrah berpasangan bukan hanya untuk kemeriahan dalam bilik je... Tak... Kehadiran pasangan adalah sebagai tempat kau mencurah rasa... Tempat kau kongsi masalah... Dari sebesar besar alam masalah kau... Sampailah ke sekecik zarah... Kadang tu kau fikir... Bagi tahu kat wife masalah pon tak kan boleh selesai kan masalah tu... Haish... Kindly please stop fikir macam tu... Kau tau kenapa...? Sebab sekurangnya wife kau tahu masalah kau... Dia tahu peranan dia utk menyokong kau... Dia akan rasa kau sedar kehadiran dia lebih dari sekadar jadi bantal peluk kau di malam hari... And pada waktu macam ni jugak la komunikasi antara pasangan antara benda yang vital... Itu semua akan buat kau sedar yang kau masih ada dia sewaktu susah kau... Dia yang selalu sokong kau... Walau x banyak... Tapi dia akan cuba tolong kau... Kau akan nampak usaha dia tu... Kau patut bersyukur dengan apa yang dia dah buat utk kau... 



Benda apa yang kau tak nak dia buat... Kau jangan buat... Benda apa yang kau suka buat... Kau jangan halang dia buat... Contohnya macam kau suruh dia uninstall wechat... Padahal kau ade wechat... Kau suruh dia deactivate facebook... Padahal kat facebook kau active... Consider la sikit hak sama rata dalam hubungan... Kalau kau confident dengan dia... Kau x perlu suruh dia uninstall or deactivate pape... Sebab kau patutnya sedar hati dia milik kau... Nothing would change... Kalau berubah hati... Maksudnya dia bukan utk kau... Akan ada lagi yang lebih baik sedang menunggu kau... Ini amia akui sendiri... Now how thankfull I'm dengan my life sekarang... Aku pernah jatuh terduduk, menangis menyalahkan Allah... Tanpa aku sedar betapa hinanya aku yang dulu... Bila aku kembali kepadaNya... Allah tak pernah lupakan aku... Allah uji aku supaya aku makin dekat padanya... Jazakallah... aku tak tahu kebaikan apa yang pernah aku buat utk terima nikmat bahagia macam sekarang... Tapi aku cukup berterima kasih pada Allah yang tak pernah lupakan aku...

Alhamdulillah... Aku membebel panjang-panjang ni just sebagai tanda ingatan... Buat mana-mana lelaki kat luar tu yang mana dok rasa susah nau nak paham pasangan... Sebenarnya... Kau tak payah paham pon... Suratan alam ni kau turutkan aje... Pantai mana tak dilanda ombak... Bumi mana tak ditimpa hujan... And pasangan mana yang tak bergaduh... Perbalahan dalam hubungan sepatutnya jadi sesuatu yang berupaya utk merapatkan... Supaya kau jadi insan yang lebih baik... Utk improved diri kau... Kau kena terima pandangan orang lain... Kritikan sebagai pencetus kepada kelahiran kau yang baru... Menjadi orang yang lebih baik...

Serba sedikit pesanan buat semua...
Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
AmiA

Friday 13 March 2015

Kes Amia dan Motor

most of people tau yang mia bukan jenis yang akan naik motor... its all because of one incident yang jadi masa first time I ride a motocycle... a little too late for me... alhamdulillah.. sudah terlalu lama... tak melawan rasa takut tu... tahun ni buat kerja gila... dok bahan naik motor dengan budak rumah... takut tu memang ada... siap jadi bahan ketawa lagi... semua nya sebab mia muntah bila naik motor... and sebab as soon as mia turun dari moto tu... mia terus terhuyang hayang macam orang mabuk... badan tak kenal tanah di buatnya... 

walau apa pun... ketakutan itu masih ada... tapi cekalkan diri... kuatkan hati... naik jugak... btw... had a very difficult time sebab naik motor then terhentak... sebabkan satu lubang tu je... things happen... menangis pon tak guna... yang lepas dulu tu biarkan lepas... sekurangnya mia tak seram sejuk sangat dah nak naik motor... tapi satu je la... kalau mengandung memang xkan naik motor... 
-___-"

Pesanan jugak buat bakal-bakal ibu diluar sana... awal kehamilan... tu paling vital... rahim tengah lemah... anything can happen... yang lelaki plak... jaga wife tu mase dye pregnant hokay... bukan motor je... kalau kereta lowered sangat pon tak elok untuk wanita hamil... so pilihlah... sayang kereta ke sayang anak bini...? Hahahha...

Meyh mia belanja satu gambar mia dengan motor... bergaya je la... bawak nye tidaklah... kite jadi tukang tumpang belakang je... Lama dah gambar ni... now baru publish...



AnakManusia,
Amia.