my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Monday 5 January 2015

Allah menyayangi Firaun

Tajuk entry mia kali ini berilham dari sembang santai antara mia dan seorang sahabat... Sembang yang sepatutnya singkat... Berlarutan sampai satu jam lebih...

Mia tahu yg mungkin ada yang tak bersetuju dengan tajuk entry mia ni... Akan ada insan yang datang dengan hujah betapa Allah murka pada firaun dan ayat-ayat dari Al-Quran yg membuktikan betapa Allah telah menenggelamkan Firaun di lautan yg dibelah Nabi Musa...

Amia tak nak bermain dengan ayat Al-Quran kerana itu bukan kepakaran mia... Mia cuma nak share hasil pembentangan pendapat antara mia dan sahabat...

Ada tiga bukti bahawasanya Allah menyayangi firaun... Bukti pertama, Allah memberikan firaun seorang isteri yang baik... Firaun yang terkenal dengan kezaliman telah mendapat seorang isteri yang lembut dan bertimbang rasa... Betapa kasih isterinya tumpah pada nabi Musa tatkala terlihat bayi kecil buat pertama kali... Sampaikan sanggup berdepan dengan kebengisan sang suami sewaktu memohon diperkenan nyawa bayi kecil tu... Bayangkanlah betapa baiknya hati isteri seorang firaun... Betapa firaun bertuah memiliki isteri seperti itu... Isteri merupakan anugerah daripada Allah... Kerana kasih dan sayang dari Allah lah dapat firaun memperisterikan seorang wanita sebaik itu... Allahurabbi...

Bukti kedua adalah apabila Allah tidak mengurniakan firaun dengan anak kandung... Tidak memiliki anak dari benih sendiri merupakan satu ujian besar buat lelaki yang mengakui dirinya sendiri sebagai tuhan... Kenapa Allah menguji firaun...? Allah menguji kerana Allah sayang... kerana Allah nak firaun sedar bahawasanya Allah itu ada... Allah nak firaun kembali padaNya... Allah nak tunjukkan yang hanya Allah yang boleh mengurniakan nyawa... Hanya Allah... Allah nak firaun sedar dan mengakui kesilapannya... Allah sayang pada firaun sama macam Allah menyayangi hambaNya yang lain...

Bukti ketiga dan merupakan bukti terakhir yang mia nak bagitahu adalah apabila Allah memberi peluang kepada firaun memiliki anak angkat dan membesarkan seorang nabiNya... Cuba lah korang bayangkan... Ingat calang-calang orang yang akan dapat peluang memelihara seorang nabi Allah...? Itu lah tandanya Allah tu sayang pada firaun... Seorang yang tidak mempunyai anak... Mendapat tempat untuk mencurah kasih dan sayang pada seorang bayi walau bukan pada anak sendiri.. Semuanya kerana limpahan nikmat dan kasih dari Allah...

Pada waktu firaun mengaku diri tu tuhan... Pada saat itu.. Pada ketika itu... Kalau Allah nak tarik nyawa firaun... Boleh sangat... Tapi Allah tetap beri firaun masa untuk berubah dan kembali pada jalanNya... Tanpa limpahan nikmat dan kasih dari Allah... Bahawasanya kita manusia ni bernafas pun tidak mampu... Kun, Faya Kun... :)

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
AmiA.



No comments:

Post a Comment