Ketika seorang perempuan tidak berkerudung
Masuk kedalam sebuah masejid
Semua memandangnya aneh
Semua memandangnya jelik
Bajunya dikata tak cukup kain
Wangiannya dikata berlebih lebihan
Matanya dikata menjalang lelaki
Badannya dikata dicemari mani
Tapi semua tidak menyedari
Mereka yang berkerudung itu
Sebenarnya berihat di surau
Mereka bukan berdating dengan Allah
Tetapi mereka tiduran di rumah Allah
Yg tidur tenggelam dalam mimpi
Yang berjaga sibuk mengata dunia
Hati mereka parut berjelaga
Tanpa 4 orang saksi mereka jatuh hukum
Apakah dosanya...?
Fitnah sudah...
Tanpa bukti mereka diskriminasi
Tidakkah mereka sedari..?
Dengan mata mereka menghiris sinis
Fitnah mereka dihati dan bibir manis
Sedangkan mereka patut membimbing
Membimbing yang tidak berkerudung
Supaya mengenali Allah
Supaya mencintai Hurabbi
Supaya mengamalkan Islam
Yang tidak berkerudung itu salahnya pasti
Kamu yang berkerudung bukan betul sentiasa
Kerana itu adanya dosa pahala
Islam yang syumul merangkul segala
Jangan menilai tanpa mengenali
Kerana fitnah dosa hakiki
Umpama kamu membunuh mati
Jangan biar hati aku mati
Jangan biar semakin jauh aku pergi
Pimpin aku kembali
Bersamalah kita mencari redha Hurabbi
Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.
AnakManusia,
Amia.
Assalamualaikum. Panggil saja saya Amia. seorang talent photoshoot yang suam-suam kuku je. seorang audit apprentice and accountant in making. Cinta Allah, Cinta rasul, Cinta keluarga, InsyaAllah bahagia. Im changing from the old me not because people told me to do so. But I'm changing to the new me because I know I can be a better person. Kat sini ade cerpen, sajak, prosa, syair, gurindam, kadang upload resepi and luahan hati mengarut- mengarut. Semoga enjoy with my blog.
my life not yours... stop act like you know me...
Translate
Monday, 1 December 2014
Mencari Hakiki (prosa)
Labels:
-amy-,
-amy- ^_^,
AMI BER POEM...,
ami islamic sikit,
beringat...,
dari sahabat buat sahabat,
gonna say it,
nasihat la plak,
poem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment