Sebelum amia berceloteh lebih panjang pada entry kali ini... Adalah dengan ini amia ingin memberitahu bahawasanya entry amia pada kali ini bercorak keislaman... Kepada reader yang bukan Islam... Adalah menjadi pilihan anda sendiri sama ada untuk meneruskan pembacaan atau berhenti setakat ini...
Rasulullah
Ramai umat Islam hari ini yang mengaku mereka mengenali Rasulullah S.A.W... Mereka mengetahui dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda... Amia juga merupakan insan yang baru nak belajar mengenali Baginda Rasulullah S.A.W... Alhamdulillah... Bila belajar tentang perkara yang baik-baik ni... Terang je hati and mudah je nak ingat... Tak sangka langsung rupanya ada benda yang selama ini mia buat merupakan sunnah baginda... Kalaulah mia tahu lebih awal...
Sunnah Rasulullah ni merangkup hampir keseluruhan hidup kita... Iyalah... Kita ni pon dah manusia akhir zaman... Bumi sudah terlalu tua... Mia baru je tahu info-info pasal sunnah rasul ni dari sebuah buku... 'Keagungan Ya Muhammad'... Tak salah kan kalau mia yang serba tak tahu ni... Berkongsi serba sedikit ilmu yang baru mia dapat dengan korang... Ini beberapa rumusan yg boleh mia nyatakan hasil dari pembacaan mia...
.tanda kenabian di belakang badan Rasulullah adalah seketul daging antara dua bahu
.berambut sepanjang pertengahan cuping telinga
.bercelak tiga kali setiap mata sebelum tidur
.menyukai gamis
.sangat kacak berpakaian merah
.tidak menerima sedekah
.pada Rasulullah sebaik-baik warna pakaian adalah putih
.memakai kasut kulit
.melarang makan dengan tangan kiri mahupun berjalan dengan sebelah sandal
.sentiasa mendahulukan anggota kanan badan kecuali keluar bilik air
.memakai cincin perak dan di jari tangan kanan
.tidak memakai cincin apabila masuk ke bilik air
.batu cincin Rasulullah dihadapkan ke telapak tangan bukan ditayang di belakang tangan
.menyenteng kain sarung separas setengah betis
.berjalan laju
.merapatkan peha ke perut dengan menggunakan tangan ketika duduk di dalam masjid
.tidak makan sambil bersandar
.menjilat jari selepas makan
.makan dengan tiga jari sahaja
.tidak makan di meja... Tetapi makan di atas hamparan kulit
.sebaik-baik lauk pada Rasulullah adalah cuka
.pernah makan bersama-sama hambanya bernama mahran yg dikenali sebagai safinah
.menggemari buah labu, manisan dan madu
.cawan minuman Rasulullah diperbuat daripada kayu yg dilapisi besi
.pernah menikmati tembikai bersama kurma
.menyukai minuman manis dan sejuk
.pernah meminum air zamzam sambil berdiri
.suka tersenyum
.tidur mengiring ke kanan
.selalu mendirikan solat dhuha 4 rakaat
.sering berpuasa pada isnin khamis dan jumaat
Alhamdulillah... Walau sedikit... Semoga info yang mia kongsikan pada entry pada kali ini akan bermanfaat buat mereka yg membacanya...
Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.
AnakManusia,
AmiA