my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Sunday, 3 September 2017

ROHINGYA. Tetamu atau Bencana?

Saya just nak tahu satu benda sambil kuras pendapat sendiri hasil pengalaman dan pengamatan sendiri.. Depa ni pelarian. Kalau beranak kat sini. Anak depa dapat mykid dak? Lepas umo 12 depa dapat ic x..? Adakah mereka layak intuk dapat kerakyatan berdasar pada Jus Soli?  Yang ini seriously saya mmg curious sebab kalau dah anak ada ic, sah sah mak pak takkan dihantar keluar. Malaysia akan jadi negara tetap mereka dan bukan lagi negara transit sahaja seperti sepatutnya.

Kenapa saya tanya? Sebab saya tak sokong depa masuk malaysia terus terusan. Komuniti depa ni 1.2m++ kat sana. Kat malaysia saja yg masuk secara sah adalah 50k++ dan makin meningkat setiap hari. Yang sah dah berpuluh ribu, yang ikut laluan tikus? Baru beberapa ribu ketul mereka dah buat kecoh sampai jalan tengah KL tempat kebanyakan kedutaan ditutup. Violence n damages, sampai 44 orang ditangkap. Acah perhimpunan BERSIH dah weyh. Cuma itulah. BERSIH tu orang kita.

Mengecam genocide adalah wajib. Saya selaku Muslim dengan ini mengecam tindakan pembersihan etnik yg dilakukan oleh pucuk pimpinan Myanmar. They should not disregard other people lives. Tetapi matlamat Rohingya ni tidak menghalalkan cara. Kenapa perlu berdemo dan menyusahkan negara baik hati (Malaysia) yang dah bagi mereka menumpang transit? Adakah ini cara kaum Rohingya berterima kasih?

Saya kasihan dengan Rohingya di Myanmar yg ditindas. Cukup kasihan. Tapi Rohingya yg di Malaysia sejak bertahun tahun dah naik kepala. Melampau. Attitude bermasalah.

Mereka mengaku Islam tetapi Islam mereka hanya di mulut. Kelakuan, kebersihan, cara hidup, cara mencari rezeki, kebanyakan bukan berlandas Islam . Nak tolong mereka boleh. Tolong semampu ada. Seberhak mereka. Bukan sampai gadai keamanan negara supaya nampak gah konon penyelamat bangsa. Saya sangat tak setuju seandainya mereka diberi taraf kerakyatan setanding rakyat Malaysia. Siapa mereka siap berani menggangu gugat kedaulatan dan keamanan negara kita.

Demo? Adakah mereka fikir Malaysia mundur sampai mereka acah kan seperti negara mereka? Create chaos sampai tutup jalan? Bukan jalan biasa. Tengah kota raya. Tempat kedutaan-kedutaan lain. We open our gate for their people, people, people and thousands of their people..! kita bagi tempat teduh, kita bagi perlindungan keselamatan, kita bagi 50% subsidi perubatan. Kita beri kemudahan dan rela hati negara kita jadi mangsa tengah yang tersepit untuk selesaikan kemelut mereka.

They are suppose to make demo and fight at their country at first place. Now they are addressing their temper and violence at wrong place. Mmg mereka not againts Malaysian Government. But still, kereta awam diketuk, jalan awam ditutup, keselamatan awam tergugat, ahli jawatan kuasa awam dan polis terpaksa turun tangan membantu kawal keadaan padahal mereka pon ada kerja lain selain dari nak kawal demo pendatang. If you got what i mean. Kita dah terlalu generous n kind. Semuanya atas dasar saudara seagama. Kita pendamkan dan telan semua.

Sampai kebanyakan nya tak kenang budi. Bermasalah. Kurang ajar. Besar kepala. Pengotor. TAK SEMUA tapi sebahagian besar mmg macam tu. named a place with their presence, kompom tak berapa tenteram. Klang, Shah Alam, Rawang, Selayang and etc. Semua tempat diatas hasil pemerhatian saya sendiri personally.

Tak payah nak sembang macam saya tak tahu ape. Saya merupakan tulang belakang program kemanusiaan Feed The Homeless. Berdepan dengan orang mereka umpama cabaran dengan berdepan singa. Kurang ajar dan mampu saya klasifikasikan sebahagiannya adalah umpama mereka yg tak bertamadun. Mencarut pada saya yang memberi mereka makanan. Malahan ada yang mencampakkan makanan yg diberi dengan alasan tak sedap. Sedangkan pada hari itu saya dan sukarelawan juga makan benda yang sama. Elok je sedap. Mereka meminta saya berikan duit. Meminta telefon ditangan saya..! Masa pertama kali saya mengadakan program Feed The Homeless, ada yg merentap beg sandang saya. 80% itu Rohingya.

Saya juga mencari rezeki di kilang di Rawang ni. Orang mereka kalau datang mintak kerja, pergh, masuk office macam bapak dia yang punya. Dengan perangai mintak advance gaji lepastu hilang tak datang lagi dah. Curi besi kilang. Penat la nak kawal. Bab bergaduh lagi lah sakit hati. Pasar Borong Selayang tempat saya membeli barang dapur dulu tapi kini tidak lagi, saya tak berasa selamat disana.

Pekerja dibawah saya kebanyakan Bangladesh. Mereka Bangladesh Islam. Tapi mereka sendiri benci rohingya. Benci kerana attitude mereka yang agak gasar dan pengotor. Mereka tidak menghormati orang lain. This is not about orang benci islam. Tapi benci manusia dengan attitude bermasalah. Mohon la rohingya tu kalau nak stay kat Malaysia ni buat cara menumpang. Kau bukan tuan. Mohon perangai elok sikit. Jaga sikit hati kami yang bermurah hati berkongsi nikmat kami dengan kamu kamu. Tak payah nak susahkan lagi kitorang yg dah tolong kamu ok? Kami yang Malaysia ni pon mampu bertahan lagi.

Malaysia pon dah banyak masalah sendiri. Kamu datang kami terima tapi kenapa nak tambah masalah kami? Tapi kami Malaysian tetap terima, bermurah hati tak halau rohingya balik kerana atas dasar saudara seislam. Atas dasar belas ihsan. Malaysian tax payer ramai tak kisah resources kitorang ni byak keluar untuk tampung bantuan kemanusian. Bukan seorang tax payer dalam Malaysia. Sikit or banyak kalau campur jumlahnya billions. But because we are too gentle and kind. Tu yang sampai kena pijak kepala dengan pendatang. This is about survival. Rohingya nak survive cara kurang ajar. Demo sana sini. Sini bukan tempat mereka. Memang bumi bulat milik Allah. Tapi bumi bulat juga bertuan. Hormat milikan kami. Jangan terlebih tuntut sesuatu yang kamu tak berhak.

"Before you guys blaming Malaysia, let's me as Malaysian make it clear. This rally is illegal and break our laws. Well, like other countries we also have our own laws where we as Malaysian must respect it.. So who they are to behave like this in our capital city? We are the host country for thousands rohingya. We giving they home, food, and protect them but why they behave like this?? Did is prize we get to help them? Before you blaming Malaysia again, please be informed that we do more in helping to resolve this issue compare the action from middle east and east Asian combined." (Jefry Jamal, 2017)

Dahulu sudah ada kes pulau Bidong. Kerana kami terlalu lembut. Kemudian kes Lahad Datu, pahlawan negara kami bukan seorang yg tumbang disàna. Rakyat awam pun ada yang jadi mangsa. Lambakan pendatang asing tanpa izin. Kami siap beri kapal untuk hantar pulang PATI (bukan rohinya), siap dah ada pati yg diterima, tak dihantar pulang malah ditawarkan pekerjaan sektor 3D dan ada juga yg ditawar peringkat kemahiran tinggi setaraf pengetahuan. Dan kini Malaysia kena hadap pula perangai Rohingya?

Sampai tahap polis n penguatkuasa kena hadap orang mereka punya perangai berdemo. Sedangkan polis n penguatkuasa Malaysia ni banyak lagi kerja lain nak kena buat. Jalan tengah KL ditutup. Dah la jalan tempat lambakan kedutaan negara negara luar. They are so insolent to portray such an act. Jangan nak besar kepala sgt. Malaysia dah tolong. Patut bersyukur tak di hantar balik. We are still here to rule our so called country. Dah nama pon tumpang sat. Setahun dua blah la angkat kaki. Selamanya nak makan bersuap berak cangkung? Banyak kamu punya cekadak. (Ok sorry akak ter emo pulak)

SAYA TIDAK MENGHALAU ROHINGYA. Tolong tu tolong jugak. Tapi jangan sampai tersisih tanggungan sendiri (Malaysians). Bodoh namanya kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Saya pon tak setuju pembunuhan dan pembersihan etnik yg berlaku pada mereka. Tetapi Islam bukanlah tiket untuk mereka mengganggu ketenteraman negara yang mereka tumpang. DOK SINI BAIK BAIK, jadi pembersih, sedar diri tu tumpang kawasan orang, tak payah mintak sedekah ketuk2 kereta orang. Makan sirih jangan ludah merata merah merah macam cat along mintak utang. tak payah nak paksa orang beli kitab mathurat RM10 dari kau sampai carut carut kan orang ok? (Personal experience) Orang pon tak marah kalau Rohingya sedar diri. Sekali lagi akak nak pesan, DOK SINI baik baik. Dont give our people alasan untuk halau kamu balik ketempat dari mana asalnya kamu. Kalau halau balik pon kitorang yang susah sebab nak tampung kos transit tu. so yang dah sampai tu. Dok je la. Kitorang tak halau pon. I tak halau korang okay. Cuma perangai tu mohon bertatasusila. Malaysian pon ramai je yg perangai hampeh. Tapi cukup cukup la. Takkan kamu yang pendatang pon nak tunjuk hampeh jugak?

Ni da tumpang keamanan negara orang, lagi nak berdemo tunjuk kuat. Kamu tak kacau kitorang, kitorang tak kacau kamu. Sejak kaum rohingya berdemo besar kat KL tu yg baru ramai orang suarakan ketidakpuasan hati pada kaum Rohingya ni. Sebab sebelom ni kebanyakan Malaysian baik sangat. Diam je sambil makan hati berulam jantung.

Malaysia ni baik, macam macam kaum ada.macam macam pendatang kami terima. Dengan izin, tanpa izin, separa izin pon ada (passport mati). Tapi kalau dah spesis pijak kepala ni. Kang elak aku terkam je nanti. Remember this, a lion that keep its claws is still a lion. Mintak simpang la. Tamau tamau tamau terkam terkam ni.

Pada pendatang tak kira dari mana asal mu, apa agama anutan mu dan berbangsa apa pun kamu, yang bekerja baik baik niat mencari rezeki dan perbaiki taraf hidupmu di mata dunia, SELAMAT DATANG KE MALAYSIA, BUMI BERTUAH. Kalau yang datang buat kecoh, demo demo bagai and nak beri persepsi buruk on how we should treat kamu orang yang menumpang senang disini, NYAH KAU DARI TANAH AIR KAMI..!

Hati saya mmg busuk sikit sebab saya nak bela anak sendiri dulu kasi anak kenyang. Ada lebihan makanan baru saya kasi kat kera dihutan. Thank you.

P/S : setiap orang punya pendapat sendiri dan pengalaman sendiri yg mungkin berbeza daripada saya. Feel free to share your opinion(s).

- Wan Amiasyazlia Meor @ Amia Tersepit Meja
22:44 02092017

For more info please do refer to :

1.   https://kedahlani.com/rohingya-bangsa-tak-sedar-diri-inilah-sebab-kenapa-myanmar-dan-bangladesh-tidak-mengiktiraf-mereka/

2.   http://m.dw.com/id/rohingya-sebenarnya-bukan-konflik-agama/a-18683571

3.   http://rushdunk.blogspot.my/2012/08/rohingya-fakta-penting-yang-wajib-anda.html?m=1

4.   http://says.com/my/seismik/why-rohingya-whyyyyyy

5.   https://m.facebook.com/MalaysiaMilitaryPower/posts/916920264997657:0

Tuesday, 24 May 2016

Pakcik Ini Datang Dengan Harapan Menjual Telefon Namun Tindakan Lelaki itu Sangat Mengejutkan.

Dari FB Afiq Ikram :(

Petang ni, datang seorang pakcik ke kedai. Hajatnya hendak menjual telefon bimbit.

"nak, telefon nokia lama ni anak ambil tak?", sambil menunjukkan phone seperti dalam gambar.

"hm... ni legend ni pakcik.. maaf pakcik. saya tak ambil.. hm.. maaf tanya cik, kenapa nak jual?", soalku.

terdiam sejenak suasana...

"pakcik nk guna duit untuk sara hidup, bulan ni kurang sikit duit. tak pon macam ni nak. boleh tak cik tinggalkan dlu, hujung bulan cik ambil balik?"

aku terkesima sekejap... rupanya, agak susah keadaan pakcik ni..

"pakcik perlukan berapa?", soalku..

"RM50 boleh nak? hujung bulan nanti cik datang ambil balik telefon, cik bagi balik duit."

sambil membelek telefonnya, aku menyelok duit di tabung kaunter.

"pakcik, duit ni cik ambil, telefon ni cik pegang. mana tahu ada anak nak telefon, saudara mara nak telefon. pakcik tak perlu bayar balik. takpa.. moga urusan pakcik lebih mudah selepas ni.."

"Allahuakbar, terima kasih nak. moga perniagaanmu terus maju"

"amin...", balasku

aku merenung dari cermin gelap kedaiku.. kelihatan isterinya di luar. memegang beberapa bungkusan kecil. Dan mereka saling berpegang tangan melepasi jalan. dengan tongkat di tangan kanan. kelihatan mereka berbisik sesuatu. sambil menoleh ke kedaiku.

pakcik...

biarpun harini rezeki kurang, namun pakcik lebih memerlukan. Doa pakcik menjadi suatu kekuatan buat saya. kadangkala, kerugian itu suatu bentuk keuntungan. anda mungkin rugi duit, tapi anda untung kerana punyai hati yang hidup.

#rasanaknangisjetengokpakciktu


Monday, 23 May 2016

Petua Buat Pengantin Yang Nak Gambar Di Pelamin Cantik Meletup-Letup

“KISAH GAMBAR DAN PELAMIN”
.
A : Bro, gambar kau cantik jer yer ko edit, time aku, muka kan main merah lagi photographer aku edit..
B : Lawanyerrrr pelamin ko abammm, sedap & lembut jer tengok
C : Best la gambo ko, nampak sweet jer ko dengan pasangan
.
OK, ini jawapan abam:
.
WARNA PELAMIN
Ambil la warna2 lembut(pastel). Yang ko pergi ambil warna merah, karpet pon merah, semua nak merah, apa yang ko harapkan dari gambo yang di hasilkan??Biru lembut? Cehhh..
.
LAMPU PELAMIN
Setkan la lampu tu satu warna jerr..ambil warna2 soft (purple or blue)..baru nampak mahal..yang pergi ambil lampu warna warni apahal?? ingat funfair ker? pastu muka pula kena lampu yang dipasang… kejap muka ko jadi hulk, kejap jadi adudu..ntah pape laa…ingat photographer korang suka ker? ambil warna lembut2, mesti gamba korang ohsem & photographer senang nak buat gambo.
.
BRIDAL YANG BOLEH BEKERJASAMA
ni satu hal, kadang2 bridal ni sedap tekak dia jer nak letak lampu ngan warna2 bunga yang dia suka.. dia tengok kat mata dia memang la lawa, bila masuk dalam gambar, ada plak korang dalam tuu, terus jadi pelik… photographer plak pening2 kepala nak adjustkan (dah la ko bayau ciput jerr kat photographer)..
bila suggestkan warna2 sepatutnya, buat tak tahu jer.. paling best, bila bridal cakap, “takperrr, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawo”… eyhhh, macam tuu, baik bagi jer photographer duit yang dapat tuu..kalau korang jumpa bridal or MUA yang cakap macam ni, mohon tinggalkan awal2 dan beri la mereka cermin …aummm
.
KERJASAMA DENGAN PHOTOGRAPHER
nak gambar best, muka mesti ada kena senyum maaa… jangan la depan pelamin, muka macam tahi.. lepastu complain kenapa muka jadi macam tuuu…eyhhh, dah tu, nak edit muka satu2 jadi senyum ker?
pose la ikut selesa korang, jangan pula ikut perangai korang jerrr.. bila nak suruh pose dan di ajar, “eyhhh, tak nak la, bla, bla, bla…” bila dapat album, tanya plak naper pose sikit jer, naper tak fun2 pun, bla3x…. hmmmm
tanya pendapat mereka, sesuai or tak warna2 pelamin yang ko impikan…nanti dah dapat gambar, baru nak menyesal...
.
PELAMIN LUAR/BAWAH KHEMAH
tutup keliling pelamin dengan kain..mintak bridal korang tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin..lagi baik, lapis sekali dengan canvas di bahagian2 tersebut.. sebab apa? sebab cahaya di luar, biasa nya tak menentu dan tak sekata..tak paham juga? tanya photographer korang…
.
PAKEJ GAMBAR
ambil la pakej lengkap dari photographer korang.. kalau ko ambil “pakej” SHOOT & BURN jer, pastu harap gambo nyer sama seperti selepas dia edit, mimpi la koranggg… dapat2 plak kalau dia hantar budak2 junior yang turun shoot, lagi kelam la harapan korang..Auchhhh… nak principal or senior yang turun, ambil pakej yang diorang sediakan siap2 untuk tuu…
.
Ada banyak lagi tips, buat masa sekarang, nie jer abam larat tulis..Auchhh
Kalau bermanfaat, share pada rakan2 yang nak kahwin nanti..



Photographer dan bridal yang super ohsem dari:
Image by : Project Secret Pictures ( #teamPSP_Azam_Iskandar)
Bridal by : Iriesh Butik Pengantin ( Nurliyana Abd Jalil )

Copy & Paste dari wall facebook Aizat Villa.