12 Julai 2015,
“A’udzubillahi
wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir”
Aku berlindung kepada Allah dan
kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti.
Aamiinnn.
Setiap benda
mesti ada permulaan… paling tidak pun sekurangnya mencuba untuk tahu diri ini mampu
atau tidak… boleh teruskan atau tidak… itu lah yang terjadi pada amia… dengan
doa and debaran… amia melangkah keluar dari rumah… keadaan agak berbeza… beza
pada amia… amia berniqab buat kali pertama… Allahu… bukan niat di sini nak
menggebang cerita atau riak takbur ujub or sewaktu dengan nya.… Cuma posting
untuk berkongsi pengalaman…
Amia compared
balik apa yang amia rasa dulu-dulu… boleh kata semua tahu yang amia ni dulu
seksi… yup… itu pengakuan… baju x cukup kain… then amia covered sikit… tapi
still freehair… selepas itu mula pakai tudung yet singkat and baju fit body
lagi… kemudian sekarang labuhkan sedikit tudung dan longgarkan baju plus
berstokin kaki and tangan… namun semalam amia cuba something yang baru…
berniqab… ya… menjadi niqabis selama satu hari… maaf kalau ada yang merasakan
amia mempermainkan niqab itu sendiri… tidak terlintas langsung… niat hati ini
mencuba… jangan dihina mereka yang nak mendekati jalan yang baik… sepatutnya
kamu yang berpengetahuan agama membimbing,.. bukan menghakimi…
Dalam 5
keadaan amia tu:
1. Seksi tak cukup kain
2. Baju panjang tapi fit and still freehair
3. Baju fit tapi bertudung walau singkat
4. Baju longgar, berstokin and tudung labuh
sedikit
5. Berniqab.
Amia boleh
cakap satu je… walau macam mana keadaan amia pakai… instinct amia kuat sangat
rasa yang lelaki tetap pandang amia sama… tak kira la mereka kenal amia atau
tidak… sekarang amia berada di stage no 4… bagi lelaki yang dah kenal amia
sejak dulu dan azali… ada yang tak boleh nak terima perubahan amia… diminta
amia bersederhana… sedangkan amia tak tahu batasan nak bersederhana tu macam
mana… ada batas kah…? Apa ukurannya…? Macam mana nak define bersederhana tu
apabila pandangan manusia terhadap sesuatu benda itu sendiri berbeza…?
Bagi lelaki
yang tak kenal amia pulak… amia agak terkilan… amia berniqab pergi ke mall di
tengah kota kuala lumpur… almaklumlah… shopping raya… bawak adik 3 orang… while
I’m the only one yang berniqab… tapi pandangan lelaki itu… nyata menyakitkan…
sejak dari waktu amia seksi… sampai amia berniqab… sama jugak… pandangan
lelaki… melihat seorang perempuan itu dengan pandangan yang sukar ditafsir…
mudah kata instinct amia tak suka pandangan mereka itu… amia terkilan sebab
perangai mereka… dan jugak kerana mereka anak muda melayu islam… yang konon nya
kuat melaung Allahhuakbar… mereka yang sepatutnya terdidik nafsunya di bulan
ramadhan mulia… Astagfirrullah al’azhim… tapi kenapa still pandang perempuan
macam makanan yang terhidang…?
Pada mulanya
amia ingat itu cuma hati amia sahaja… tetapi amia salah… sebab benda sama
dirasai oleh adik amia… angah… angah tegur jugak… katanya…
“ayong… angah tengok lelaki tetap pandang
kamu macam tu walau kamu dah tutup semua”
Hati ini
tersentak… sampaikan ke tahap adik amia jugak perasankan benda yang sama…
kiranya gerak hati amia itu tak salah…
Semua ini
kerana budaya… kerana adat melayu… ya… memang amia salahkan adat dan budaya
melayu dalam membela anak… kita sibuk sogokkan anak perempuan harus buat itu
dan ini… tutup itu dan ini… anak perempuan itu… anak perempuan ini… niat itu
sudah bagus… untuk selamatkan anak gadis melayu dari mereka yang berhidung
belang yang sudah pastinya tiap masa mengintai peluang… tapi cuba selamkan
balik… mengapa adanya si hidung belang…? si hudung belang tak ada yang melayu kah...?
Kerana kita
sibuk menentukan gaya apa anak gadis harus jadi sampai kita yang melayu ini
kerap terlupa cara untuk mendidik anak lelaki melayu agar menjadi lebih
berguna… memang bukan semua lelaki melayu itu buruk akhlaknya… tetapi
kebanyakan mereka macam itu… kita lupa untuk ajarkan anak lelaki cara hormati
gadis melayu sendiri… cara untuk mereka menjaga mata dan nafsu… cara mereka
mendidik iman supaya iman tidak hanya pada kopiah diatas kepala tapi juga di
jiwa… cara supaya mereka menjadi hero yang melindungi daripada syaitan yang
mendampingi…
 |
it's not about the dress... it's about the mentality...
|
“Man will always be man”
Itu ayat
loser… ya… fitrah kelahiran mereka sebagai lelaki… memang akan mengejar
perempuan… memang punya mata yang pantang lepa… punya rasa gatal miang keladi
yang tersendiri… tetapi anak yang lahir
sebersih kain putih… kita yang mencorakkan mereka… stop blaming them for
becoming the monster they had become today… tapi minta maaf sebab we among the
reason of their monstrous eyes… kenapa kita sebagai melayu islam tak boleh nak
bendung semua ini…?
Bukan amia
bersifat nak kondem lelaki melayu sahaja… tetapi kerana amia gadis melayu… amia
tak tahu macam mana kaum lain didik anak mereka… TAMBAHAN PULAK MATA YANG
MENCERLUNG PANDANG AMAI ADALAH MATA LELAKI MELAYU… sebab tu amia cakap… I admit…
mesti ade kalangan pembaca yang lelaki melayu rasa tak puas hati dengan tulisan
amia dalam entry kali ni… ayat pling obvious terlintas kat benak korang,…
“bapak amia pon lelaki melayu”… yes… memang melayu… tapi tak salah kalau still
nak nasihatkan orang kan…? Amia sendiri pun tak sempurna… masih lagi setiap
hari tercatit dosa… TAPI…
“adalah wajib bagi seorang saudara islam
itu menegur kemungkaran lain yang berlaku dalam pengetahuannya walaupun ketika
itu dirinya sendiri sedang melakukan kemungkaran”
AKU MENEGUR KERANA SAYANG,
AKU MENEGUR SUPAYA TAK HILANG,
AKU MENEGUR MOHON KAU MATANG,
AKU MENEGUR DEMI UMMAH TERBILANG.
Kenapa tidak
disamping kita cuba melindungi anak gadis… kita latih juga anak lelaki dengan
sifat melindungi… kita suruh anak gadis tutup mengikut syariat islam disamping
itu ajarkan anak lelaki nilai hormati perempuan… lebih bagus dan mantap kalau
kita boleh buat anak lelaki kita menghormati setiap wanita seperti selayaknya
seorang anak menghormati ibunya…
**************
Di hari yang sama… tapi dengan pengalaman
yang berbeza sedikit…
Amia dan adik2
masuk dalam sebuah kedai kasut… kaki penat berjalan… so amia duduk saja… biar
adik2 pusing kedai mencari kasut apa yang mereka mahukan… kita ni banker jaga
duit ja,… so duduk je la ye dok… dalam deru deram bukan main ramai lagi umat
bershopping… dalam amia duduk tu… datang seorang lelaki cina… dia bertinggung
duduk depan amia… amia atas kerusi dan dia menghadap amia… Allah… terkejut…
tapi ada soalan keluar dari mulut dia…
Lelaki cina : kak… I nak tanya satu benda…
kenapa dengan tangan you…? Tutup semua dengan glove..
Amia :
tak de apa… okay saja…
Lelaki cina : memang kena pakai ke itu glove
semua…?
Amia : kalau pakai lagi bagus..
Lelaki cina : kenapa ye akak..? tak boleh sentuh sebab kita lain agama ye akak...?
Amia :
I punya religion cakap perempuan dengan lelaki tak boleh sentuh… lelaki islam pun tak boleh simply sentuh tau... so kalau I pakai
glove… senang… masa mau bayar duit dekat kaunter… I tak risau kalau tangan
terkena tau… sebab I pakai glove…
Lelaki cina : betul la kak… betul… betul… itu
tutup muka(niqab) pun sama…?
Amia :
yup.. tak pakai pun tak pa… tapi kalau pakai lagi bagus…
Lelaki cina : kalau ex boyfriend boleh pegang
tangan tak…?
Amia :
tak boleh…
Lelaki cina : masa jadi boyfriend boleh pegang,
sudah jadi ex tak boleh pegang ke…?
Amia :
sebenarnya boyfriend pun tak boleh pegang tau…
Lelaki cina : I ingat boleh pegang… ramai jugak
semua pegang tangan jalan-jalan…
Amia :
yup… benda itu jadi biasa sebab semua orang buat benda sama… tapi sebenarnya
tak boleh tau… Cuma you punya keluarga rapat and blood relatives macam ayah
dengan abang saja boleh pegang… kalau lelaki lain mau pegang kena kawin dulu
tau…
Lelaki cina : macam mana itu bercinta kalau tak
boleh pegang tangan…? Kalau I nanti malam terbayang tau kak… macam tengok
makanan tapi tak boleh makan…
Amia :
that is the different… perempuan bukan makanan tau… hahahaha… sebab masa
bercinta tak boleh pegang… lagi mau cepat-cepat usaha kawin… lagi bagus kan…? Kalau
selalu pegang nanti kawin sudah tak special tau…
Lelaki cina : pandai la you kak… betul la… I lelaki
tau… bila you tutup macam ni… I pun mahu tau macam mana you punya muka dengan
tangan… tapi kan kak… satu soalan lagi…
ex husband boleh pegang tak…?
Amia : hahaha… tak boleh la…
sebab bukan husband lagi dah… kalau nak pegang jugak kena remarried tau… jadi
husband balik baru
Lelaki cina : itu macam ye akak… okay… okay… I baru
tahu tau boyfriend tak boleh pegang… terima kasih akak… akak… kaki apa saiz…? Tak
mau beli kasut…?
Amia :
tak pe… I tunggu 3 adik I sana tu cari kasut…
*amia nampak
betapa kelirunya dia… sebagai seorang insan beragama lain… dia terkeliru dengan
cara Islam di depan mata… ini kerana Islam kini hanya pada nama… hanya pada kad
pengenalan… bukan pada amalan… dan bukan juga pada perbuatan… seronok
sebenarnya berkongsi cerita dan ajaran… terutama pada mereka yang berminat…
kalau yang islam tak pernah berminat… apa salahnya kita curahkan ilmu
pengetahuan pada yang berminat walau dia bukan seagama dengan kita… siapa tahu…
kot terbuka hatinya menerima agama Allah…
p/s: lelaki
cina yang amia maksudkan dalam cerita diatas adalah pemilik kedai kasut ‘Silver
Trend’… orangnya tinggi… berambut ala-ala asmawi ani… kurus dan ramah… menyesal
pulak terlupa bertanyakan namanya…kalau nak kepastian cerita ini.… pergilah
cari orangnya di Kenanga Wholesale City… tanyalah dia… ingat atau tidak seorang
perempuan berniqab dengan 3 orang adik perempuan datang beli kasut dan
berkongsi cerita…
 |
tak salah mencuba... untuk tahu kau mampu gendong atau tidak...
|
Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.
AnakManusia,
Amia.