my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

sajak : AKU

Aku..
siapa aku...?
Aku ringan umpama debu...
Kan diterbangkan angin lalu...
Aku berat umpama batu...
Kan tenggelam didasar kalbu...
Aku kecil...
Sebesar zarah yang tidak kelihatan...
Aku besar..
sehingga kehadiranku umpama gangguan...
Aku melukut...
Hadirku pada meraka yang ruji...
Aku emas salut...
Pada mereka yang menghargai...
Manakan kau layak nikmati sagu...
Andai ruyung tiada usaha kau pecahkan...
Bila kau dah berjalan pergi tinggalkan aku...
Maka jangan menoleh...
Kerana bila aku berjaya memotongmu...
Aku tidak mahu kau berkejar berdampingku...
Kerana kau pernah menganggap aku debu...
Sedangkan aku, adalah aku...

AmiaTersepitMeja

Sunday, 22 February 2015

Prosa : Hanya Satu Kisah Saya (22 februari 15')

Hanya satu cerita
Hanya satu langkah
Hanya satu cubaan
Hanya satu perit dan manis
Hanya satu kenangan
Hanya satu pasangan
Hanya satu jalan
Hanya satu pilihan
Hanya satu nasib
Hanya satu cara
Hanya satu niat
Hanya sekali hidup di dunia

#SayaMulaHidupBaru
#SayaSelaluBerdoa
#MogaTenangJiwa
#MogaTenangHati
#MencariCahaya
#CintaDanPahala
#MenjadiLebihSolehah

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami,

AnakManusia,
AmiA

Friday, 23 January 2015

masalah dengan manusia

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya.

Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka...


Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
AmiA.

Tuesday, 30 December 2014

AllahhuAkbar

Ketika hari bermula keriangan
Cinta dalam hati mula berkurangan
Kerana manusia lupa
Kerana manusia alpa
Sedangkan mereka punya kesedaran
Betapa Allah pemilik kebesaran

 -Amia-

Monday, 1 December 2014

Mencari Hakiki (prosa)

Ketika seorang perempuan tidak berkerudung
Masuk kedalam sebuah masejid
Semua memandangnya aneh
Semua memandangnya jelik
Bajunya dikata tak cukup kain
Wangiannya dikata berlebih lebihan
Matanya dikata menjalang lelaki
Badannya dikata dicemari mani
Tapi semua tidak menyedari
Mereka yang berkerudung itu
Sebenarnya berihat di surau
Mereka bukan berdating dengan Allah
Tetapi mereka tiduran di rumah Allah
Yg tidur tenggelam dalam mimpi
Yang berjaga sibuk mengata dunia
Hati mereka parut berjelaga
Tanpa 4 orang saksi mereka jatuh hukum
Apakah dosanya...?
Fitnah sudah...
Tanpa bukti mereka diskriminasi
Tidakkah mereka sedari..?
Dengan mata mereka menghiris sinis
Fitnah mereka dihati dan bibir manis
Sedangkan mereka patut membimbing
Membimbing yang tidak berkerudung
Supaya mengenali Allah
Supaya mencintai Hurabbi
Supaya mengamalkan Islam
Yang tidak berkerudung itu salahnya pasti
Kamu yang berkerudung bukan betul sentiasa
Kerana itu adanya dosa pahala
Islam yang syumul merangkul segala
Jangan menilai tanpa mengenali
Kerana fitnah dosa hakiki
Umpama kamu membunuh mati
Jangan biar hati aku mati
Jangan biar semakin jauh aku pergi
Pimpin aku kembali
Bersamalah kita mencari redha Hurabbi

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.