my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Showing posts with label ~amy~. Show all posts
Showing posts with label ~amy~. Show all posts

Thursday, 8 January 2015

pesanan buat hawa


Dari tak pakai tudung.. Mula memakai tudung.. Dari tudung singkat.. Mula labuhkan tudung.. Dari labuhkan tudung.. Mula melabuhkan lagi dan lagi.. Dari tangan terdedah.. Mula ditutup baju lengan panjang.. Dari ditutup dengan baju.. Mula pakai sarung tangan.. Dari kaki terbuka.. Mula tutup biar tak terdedah..

ingat senang ke semua tu.. ngat mudah ke nak tempuh semua tu..? Belum lagi tempuh cacian orang.. Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.. Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.. Ya semua tak mudah.. Dalam perit menerima kritikan dan kejian..

NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH..? YANG PALING PERIT ADALAH..

bila orang pandang kita baik.. Pandang kita sempurna.. Pandang kita cukup terjaga.. Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.. Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.. Lagha sini sana.. Kpop merata rata.. Ikhtilat entah kemana.. Gelak tak ingat dunia.. Gedik terkinja2..

Sedangkan.. Orang ingat.. Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.. Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.. Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.. Sedih bukan dianggap begitu..? Sedangkan diri tak seindah itu..

Orang yang memandang itu tak tahu.. Apa yang muslimah itu rasa.. Apa yang muslimah itu tempuh.. Dalam waktu2 dia mencuba.. Orang itu tak tahu.. Muslimah itu kadang kadang rapuh.. Kadang kadang jatuh.. Kadang kadang tak utuh.. Kadang kadang menyimpang jauh.. Muslimah itu kadang kadang tersasar.. Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.. Kadang kadang terpesong dari landasannya.. Orang itu tak tahu..

Muslimah itu sama.. Manusia biasa.. Ada rasa.. Ada jiwa.. Orang itu tak tahu.. Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.. Kerana dia sedar.. Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.. Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya..

Tabah lah diri.. Andai jalan itu yang di pilih.. Allah telah pun memelihara kita.. Allah telah menjaga kita.. Lalu.. ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita..


Hidayah Allah itu perlu di cari.. Bukan di nanti.. Cari sejauh mungkin.. Gali sedalam dalamnya.. Lalu.. bila ia telahpun di temui.. Ia juga terpulang pada diri sendiri.. Sama ada nak grab dan terus mencari redha Ilahi.. Atau biarkan saja hidayah itu pergi.. Kononnya tak cukup kuat lagi.. Kononnya nak tunggu lain kali.. Kononnya nak tunggu bersihnya hati.. Hidayah Allah itu ada waktunya.. Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.. Bila hidayah dah ada.. Grab terus walau hati keras berkata.. Belum bersedia..

Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.. Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.. Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.. Kerna bila ia pergi.. belum tentu ia datang kembali.. Hati belum sedia tak apa.. Asalkan nampak usaha kita.. Sebab itu lah.. Kadang kadang.. Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.. Bukan nak tutup dosa2 nya.. Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.. Tapi Sekurang kurangnya.. Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia jaga.. Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.. Mana tahu.. dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri.. Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam..? Sebab kadang kadang.. Dengan menjaga luaran.. juga terdidik lah yang dalaman.. In sha Allah.. Aamiin Allahuma Aamiin..

Namun begitu.. Bila kita sudah melangkah untuk berubah.. Masih juga terkadang.. Ada kesalahannya.. Ada silap langkahnya.. Ada kekurangannya.. Betul.. Manusia itu tak sempurna.. Namun jika benar perubahan itu lillahitaala.. Semua kerana Allah.. Jangan lembik wahai hati..! Jangan lemah wahai diri..! Bila jatuh.. bangun lagi.. Bila tersungkur bangkit lagi.. Jangan mengalah.. Inginkan kan syurga.. Maka beramal lah seperti ahli syurga.. Dan yang paling penting.. Biar saja apa manusia nak kata.. Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.. Deal..?

Senyum.. Pegang dada.. Sematkan dalam diri.."Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti.. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini.. Tidak ku lakukan ini kerana manusia selainnya"

SORRY I'M NOT PERFECT.



Abuya : Sedangkan buku yang kita sayang kita balut... Tak kan aurat badan kita nak biar saja... Sebaik-baik kelakuan... Mulakan dengan nawaitu yang ikhlas... Manusia mungkin tak tahu... Tapi Allah kan Maha Mengetahui... 

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
AmiA.

Monday, 5 January 2015

Allah menyayangi Firaun

Tajuk entry mia kali ini berilham dari sembang santai antara mia dan seorang sahabat... Sembang yang sepatutnya singkat... Berlarutan sampai satu jam lebih...

Mia tahu yg mungkin ada yang tak bersetuju dengan tajuk entry mia ni... Akan ada insan yang datang dengan hujah betapa Allah murka pada firaun dan ayat-ayat dari Al-Quran yg membuktikan betapa Allah telah menenggelamkan Firaun di lautan yg dibelah Nabi Musa...

Amia tak nak bermain dengan ayat Al-Quran kerana itu bukan kepakaran mia... Mia cuma nak share hasil pembentangan pendapat antara mia dan sahabat...

Ada tiga bukti bahawasanya Allah menyayangi firaun... Bukti pertama, Allah memberikan firaun seorang isteri yang baik... Firaun yang terkenal dengan kezaliman telah mendapat seorang isteri yang lembut dan bertimbang rasa... Betapa kasih isterinya tumpah pada nabi Musa tatkala terlihat bayi kecil buat pertama kali... Sampaikan sanggup berdepan dengan kebengisan sang suami sewaktu memohon diperkenan nyawa bayi kecil tu... Bayangkanlah betapa baiknya hati isteri seorang firaun... Betapa firaun bertuah memiliki isteri seperti itu... Isteri merupakan anugerah daripada Allah... Kerana kasih dan sayang dari Allah lah dapat firaun memperisterikan seorang wanita sebaik itu... Allahurabbi...

Bukti kedua adalah apabila Allah tidak mengurniakan firaun dengan anak kandung... Tidak memiliki anak dari benih sendiri merupakan satu ujian besar buat lelaki yang mengakui dirinya sendiri sebagai tuhan... Kenapa Allah menguji firaun...? Allah menguji kerana Allah sayang... kerana Allah nak firaun sedar bahawasanya Allah itu ada... Allah nak firaun kembali padaNya... Allah nak tunjukkan yang hanya Allah yang boleh mengurniakan nyawa... Hanya Allah... Allah nak firaun sedar dan mengakui kesilapannya... Allah sayang pada firaun sama macam Allah menyayangi hambaNya yang lain...

Bukti ketiga dan merupakan bukti terakhir yang mia nak bagitahu adalah apabila Allah memberi peluang kepada firaun memiliki anak angkat dan membesarkan seorang nabiNya... Cuba lah korang bayangkan... Ingat calang-calang orang yang akan dapat peluang memelihara seorang nabi Allah...? Itu lah tandanya Allah tu sayang pada firaun... Seorang yang tidak mempunyai anak... Mendapat tempat untuk mencurah kasih dan sayang pada seorang bayi walau bukan pada anak sendiri.. Semuanya kerana limpahan nikmat dan kasih dari Allah...

Pada waktu firaun mengaku diri tu tuhan... Pada saat itu.. Pada ketika itu... Kalau Allah nak tarik nyawa firaun... Boleh sangat... Tapi Allah tetap beri firaun masa untuk berubah dan kembali pada jalanNya... Tanpa limpahan nikmat dan kasih dari Allah... Bahawasanya kita manusia ni bernafas pun tidak mampu... Kun, Faya Kun... :)

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
AmiA.



Wednesday, 24 December 2014

Pisang Kehidupan

Macam pokok pisang... Berbuah cuma sekali... Kemudian ditebang pula... Supaya jangan pisang berbuah dua kali...kerana takut busuk...

kenapa pisang tetap tumbuh berbuah walau tahu akhirnya akan mati ditebang...? Percaturan Allah sungguh indah buat mereka yg memahami...

Sama lah macam bercinta... Walau dah tahu yang pada satu masa... Cinta itu akan terhenti... Sebab janji Allah tu pasti... Tiada satu benda pun yang kekal melainkan Allah yg Esa...Tapi kita manusia tetap bercinta... Walau tahu cinta sesama manusia ni apalah sangat... Kata orang cinta itu umpama rahmat... Sinarnya terang... Sampaikan sebab cinta... Kita jadi buta...

Terkadang kita manusia... Terlupa... Rahmat dan rasa cinta itu milik Allah... Kerana rahmatNya kita masih mampu bercinta... Masihkah kita tidak tahu bersyukur...? Cinta itu milik Allah... Cinta yang kekal adalah cinta Allah kepada hambaNya... Bukan cinta kita sesama manusia...

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.

Tuesday, 18 November 2014

Kawan Yang Mia Ada...

Dunia ni terlalu besar utk manusia jelajah sendirian... Terlalu ramai manusia untuk menghabiskan masa sensorang... Sebab tu la manusia ni perlukan kawan... Sedangkan Rasulullah tidak gemar berjalan bersendirian... Betapa sebenarnya kawan itu bukan sekadar peneman...

Kawan... Nampak macam perkataan enteng... Tapi apa maksud sebenarnya...? Cukup ke sekadar kawan yg mengajak main futsal...? Ajak keluar shopping...? Yg mengajak lepak clubbing...? Yg kerja sekali...? Solat sekali..Or yg boleh berkongsi nasi...? Menjadi kawan saja tak penting... Yang penting ialah menjadi kawan yang baik...

Sebelom entry ni menjelajah lebih panjang dengan subjek kawan mia ni... Sebelom entry ini mnyentuh bab bab berkemungkinan sensitif pada sesiapa... Mia awal2 nak mintak maaf dlu ye... Sebarang ketidakpuasan hati sila tinggalkan di kawasan comment... Jgan risau... Mia tak kan publish komen tu... :)  im big enough to not humiliated anybody ..

Entry ni sejajar jugak dengan accident yg menimpa kawan baik mia baru2 ni... Accident depan mata mia yg membuatkan mia memikirkan tentang betapa mudah Allah menguji... Dan betapa disebalik setiap ujian itu adanya sinar yg tersembunyi... Anyway... Mia harap kawan mia semua sihat dan diberkati tuhan... Tak lupa jugak my readers semua ni...

Mia sendiri masih meraba raba dalam cubaan menjadi kawan yang baik...

"Seorang kawan yg baik lebih bagus dari mempunyai 100 orang kawan..."

Kalaulah mia mmpu menjadi kawan yang seorang itu... Kalaulah... Mia belom sampai ketahap itu lagi... Mia masih merangkak... Ada kata mia yg terlepas... Menghiris... Ada cacian mia yg dulu... Mengguris sinis... Ada lakuan mia yg dari dulu asyik menyakitkan... Mia sendiri alpa... Cuma manusia... Mia ingat mia dah buat yg terbaik... Tapi mia x sempurna... Ada kesilapan... Dan ada kelemahan...

Tapi mia bersyukur sgt... Allah kurnia nikmat tanpa henti kat mia... Mia tahu mia ade kawan yg akan ada masa mia susah... Yg tetap teman mia dalam gelap hidup... Yg sedia bagi pinjam bahu waktu mia need someone... Mereka yg akan selalu ada bila mia sedih...

Waktu lyana accident... Mia dapat tgok... Ramai kawan2 kitorang yang care... Kawan sejak zaman sekolah... Mereka yg kitorang kenal sejak kecil... Dorang mungkin bukan yang paling pandai... Bukan yang paling kaya... Bukan yang paling kacak or cantik... Tapi kami boleh cakap kami ada hubungan paling best... Sesuatu yg tak terbatas hanya pada dasar kawan... Something more than that...

Sorang sakit... Yang lain terasa pedihnya... Sampai macam tu sekali... Kami tak meninggalkan satu sama lain walau apa keadaan... Setelah sekian lama tak bertemu... Mia jumpa dengan fia yang dah lame mia tak jumpa... Spent a night together with lyana n fia walau dalam kesejukan hospital...

Kitorang bersama waktu buat gile2... And kitorang bersama sewaktu susah n sakit... Semua rahsia mia dorang tau... And sume rahsia dorang mia tau... We practice give and take... Tu kawan yang mia ade... Anda bagaimana...? Ada tak kawan macam yang mia ada...?

Im never be poor... Because i have them with me...

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.