my life not yours... stop act like you know me...

my life not yours... stop act like you know me...
wait until you walk in my shoes... only then you will know how it feels to be me...

Translate

Showing posts with label ami islamic sikit. Show all posts
Showing posts with label ami islamic sikit. Show all posts

Tuesday, 8 September 2015

Tiga Wanita & Feed The Homeless 3.0 Kuala Lumpur

05 September 2015
Masjid Jamek => Sentral Market => Masjid Jamek => Jalan TAR
Nasi Ayam & Mineral water
Sukarelawan sado : Asiah, Bazlin & Amia.

ok... kenapa dengan penjelasan beria di atas...? sekali dengan makanan dan area Kuala Lumpur... semua ini adalah briefing pertama untuk entry kali ini...

sesuai dengan tajuk entry kali ini... #FeedTheHomeless 3.0 #KualaLumpur...

yup... 3.0... kenapa 3.0...? sebab ini adalah kali ketiga akak buat program ni... by fact semua ni bukanlah macam program... tapi lebih kepada satu aktiviti yang baru tahun ini menapak di hati akak...

sebelum ni akak buat sensorang je... kat area yang sama jugak... disebabkan akak sensorang... so xde lah gambar-gambar selfie or what so ever macam Feed The Homeless 3.0 ni... Alhamdulillah... setelah dua kali lakukan Feed The Homeless ni di KL... ada beberapa antara mereka yang mengenali akak... tersenyum tatkala nampak akak datang dekat... walaupun ada antara mereka yang senyumannya lompong tanpa gigi...!


thanks BIBI and ADDA sebab tolong hantar kami bertiga ni ke KL...

sememangnya waktu awal kami bertiga (ASIAH, KAK LIN & MIA) rancang nak pergi dengan public transport je... sekali BIBI tawarkan diri pulak nak pergi hantar kitorang memandangkan dia juga nak menghala kesana... Alhamdulillah... Niat kami di permudahkan Allah...


dalam kereta kami sempat lagi selfie... aduhai... dah namanya perempuan agaknya... hahahahahhahaa


masa ni ASIAH & KAK LIN sangat teruja... almaklumlah... ini kali pertama mereka berkesempatan join aktiviti ni sekali dengan amia... (actually Amia pun teruja sebab pertama kali lead orang lain untuk activity ni...)



keterujaan kami semua terserlah masa nak pergi ambil nasi ayam and mineral water tu semua... walaupun cuma bertiga... tapi semua kan sado... alhamdulillah... larat angkat la walau mengengkang bawaknye...


ayam ayam ayam ayam ayam ayam ayam ayam ayam ayam

tada...! ayam gantung-gantung dah jadi nasi bungkus...!

kali pertama KAK LIN menghulur nasi utk FEED THE HOMELESS 3.0

dalam keterujaan kami menghadap setiap bait senyuman yang menerima... terselit seorang lelaki yang meruntun jiwa dan nurani... Allahu... begitu kuat dugaan Allah padanya... di usia tua... berjalan meracau sendiri... tiada anak tiada keluarga yang peduli... siapa dia...? siapa namanya...? dialah yang paling mengundang air mata tatkala AMIA buat Feed The Homeless ni... by fact... masa mula-mula Amia nampak dia di Central Market lah Amia dijentik idea Feed The Homeless ni...

inilah dia orang itu... tatkala amia mendekati dia untuk diberikan nasi bungkus itu... amia terpandangkan plastik lusuh dikiri tangannya sambil tangan kanannya memegang tulang ayam yang sudah tiada sisa... tulang itu yang digigit gigit... hampir menitik air mata... ASIAH juga turut bergenang... menurut kata peniaga di Masjid Jamek itu... tulang itu diambil dari tongsampah... Allahu...


sempat Amia katakan padanya... "maaf tok... saya lambat..."... terketar-ketar tangannya sewaktu menyambut huluran makanan dan air mineral... amia tahu... dia tidak sesempurna kita... tapi saat dia pandang mata amia... I just knew it that i could not hold much...

"aku sebak mia...! sedih aku tengok dia..." ASIAH membuncah kata...


tanpa mengira agama mahupun bangsa... ditangga banggunan atau di jalanan... yang tak mampu berjalan... yang tak mampu melihat... alhamdulillah kami berkongsi nikmat dari Allah...

dalam sayu-sayu hati... KAK LIN ligat... cayalah kak... :*

masing masing tangan macam nak tercabut... tapi hati kami senang...

dalam kami bergerak dari Masjid Jamek ke Central Market... sesuatu membuatkan kami mendetik hati... ada sebahagian manusia yang mampu... lengkap pakaian segak seperti nak pergi pusat membeli belah... ada juga yang bekerja di tapak seliaan Central Market yang mengejar kami kerana mahukan makanan percuma... Ya Allah... tika masih ramai yang tak mampu dan perlu diberi perhatian... kami di duga tuhan dengan kehadiran mereka ini... adajuga antara mereka yang punya talifon bimbit lebih canggih dari kami sendiri...

Maaf... niat utama adalah memberi pada mereka yang tidak berkemampuan atau yang punya kecacatan...i have to say no... we have to say no... bukan itu saja... tak kurang yang memarahi dan memaki kami tatkala kami nyatakan makanan ini untuk mereka yang memerlukan... bukan untuk mereka yang berkemampuan...

masa di depan Central Market... kesian kawan saya... penat mereka berdua... thanks korang...

sorry... im not going to educate our Malaysians out there that food do comes without effort... kami bagi pada yang kami rasa betol tiada mampunya... bukan pada yang sihat tuduh badan... larat bekerja dan berpakaian ranggi serta boleh berlari semata nak mengejar and memaki kami...

walau penat dan ketakutan... kami masih mampu tersenyum... masih mampu berkongsi suka...

pucuk pangkal walau apa yang kami buat... niat itu yang penting... :) alhamdulillah... Allah permudah segalanya... bukan niat untuk mendapat nama... tapi hakikatnya... besarlah harapan kami kalau ada yang melakukan perkara seperti ini... mungkin bukan hanya di Kuala Lumpur... tapi dimana-mana saja... buktikan pada dunia betapa kemanusiaan itu masih utuh...





sebungkus nasi ayam dan sup serta air mineral water...  hanya ini yang mampu kami tawarkan... anda bagaimana...?

benar kata orang... jika mahu menundukkan nafsu dan memupuk rasa bersyukur... infakkan hartamu... :)

akhir kata...

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.
#FeedTheHomeless #KualaLumpur





Thursday, 6 August 2015

Diskusi Tersorok Satu Lelaki

Ruby     :               b, kenapa b kalut sangat nak jumpa sayang ni…? Rindu ye…

Razak    :               sorry, apa yang b nak cakap ni maybe buat sayang marah… tapi percaya la sayang… semua ni untuk kebaikan kita berdua…

Ruby     :               b ni dah kenapa…? Nervous lah sayang dengar…

Razak    :               I’m leaving you… I dah nak bertunang next week… I’m sorry…

Ruby      :               bertunang…? Dengan siapa…? You curang b…! you cakap you tak pernah ada siapa-siapa selain i…! kenapa you buat I macam ni…?

Razak    :               ini untuk kebaikan kita… ini yang terbaik… kita takde jodoh… kita tak sesuai…

Ruby      :               after all this years… sorry je yang you mampu cakap…?! Tak sesuai…?! Lepas 3 tahun…? Susah senang sekali…? Share everything…?  Jantan tak guna…! (lempang pipi razak itu)

Razak    :               (*terkejut+marah) kau tu yang tak guna la perempuan… kau yang perangai gedik macam ni…?! Kau ingat aku nak buat bini…? Jangan harap…! Suka-suka… for fun boleh lah…! Gedik seksi terkinja sana sini… kau tak layak jadi isteri sape-sape la wei…! Sedar diri tu… bakal tunang aku tu jauh lebih baik… bertudung… lembut… cantik… baik… kuat agama… bukan macam kau ni…  (berlalu pergi sambil pegang pipi yang pijar)

Ruby      :               easy for you because you are a boy…


RAZAK AKHIRNYA BERNIKAH DENGAN AIDA…

Razak    :               Alhamdulillah lancar majlis kita tadi ya yang…

Aida       :               (tunduk)

Razak    :               kenapa yang diam ni…? Tak happy ke kawen dengan abang…?

Aida       :               sebenarnya ayang nak bagi tahu abang sesuatu… ayang nak make sure hubungan kita ni terjalin atas dasar kebenaran… ada benda ayang nak bagi tahu abang…

Razak    :               ape yang ayang nak share ngan abang ni…? Nervous pulak rasanya…

Aida       :               bismillah hirohman nirrohim… ayang bersyukur sangat sebab abang sudi memperisterikan ayang… sedangkan banyak benda yang abang tak tahu pasal ayang…

Razak    :               baik buruk ayang semua abang terima… seadanya… kita kenal lebih dalam lepas nikah… bukankah bercinta selepas nikah itu lebih indah…?

Aida       :               Alhamdulillah… tapi ayang nak jugak cerita dekat abang… sebenarnya dulu ayang ni teruk… seksi… keluar malam sana sini… ada boyfriend… tapi dia tinggalkan ayang sebab perempuan lain walau dah lama kitorang kapel… heartbroken… Alhamdulillah… ada hikmah rupanya… Allah nak temukan ayang dengan abang yang boleh terima ayang seadanya… lega sangat bila tadi abang cakap abang terima baik buruk ayang semua…

Razak    :               *Speechless



(Dan ingatlah kamu bahawasanya wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya)
Itu janji Allah…




Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia



Monday, 13 July 2015

Apabila si Gadis Memilih untuk Bersuara...

12 Julai 2015,
 “A’udzubillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir”
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti. Aamiinnn.
Setiap benda mesti ada permulaan… paling tidak pun sekurangnya mencuba untuk tahu diri ini mampu atau tidak… boleh teruskan atau tidak… itu lah yang terjadi pada amia… dengan doa and debaran… amia melangkah keluar dari rumah… keadaan agak berbeza… beza pada amia… amia berniqab buat kali pertama… Allahu… bukan niat di sini nak menggebang cerita atau riak takbur ujub or sewaktu dengan nya.… Cuma posting untuk berkongsi pengalaman… 
Amia compared balik apa yang amia rasa dulu-dulu… boleh kata semua tahu yang amia ni dulu seksi… yup… itu pengakuan… baju x cukup kain… then amia covered sikit… tapi still freehair… selepas itu mula pakai tudung yet singkat and baju fit body lagi… kemudian sekarang labuhkan sedikit tudung dan longgarkan baju plus berstokin kaki and tangan… namun semalam amia cuba something yang baru… berniqab… ya… menjadi niqabis selama satu hari… maaf kalau ada yang merasakan amia mempermainkan niqab itu sendiri… tidak terlintas langsung… niat hati ini mencuba… jangan dihina mereka yang nak mendekati jalan yang baik… sepatutnya kamu yang berpengetahuan agama membimbing,.. bukan menghakimi…
Dalam 5 keadaan amia tu:
1.       Seksi tak cukup kain
2.       Baju panjang tapi fit and still freehair
3.       Baju fit tapi bertudung walau singkat
4.       Baju longgar, berstokin and tudung labuh sedikit
5.       Berniqab.
 
Amia boleh cakap satu je… walau macam mana keadaan amia pakai… instinct amia kuat sangat rasa yang lelaki tetap pandang amia sama… tak kira la mereka kenal amia atau tidak… sekarang amia berada di stage no 4… bagi lelaki yang dah kenal amia sejak dulu dan azali… ada yang tak boleh nak terima perubahan amia… diminta amia bersederhana… sedangkan amia tak tahu batasan nak bersederhana tu macam mana… ada batas kah…? Apa ukurannya…? Macam mana nak define bersederhana tu apabila pandangan manusia terhadap sesuatu benda itu sendiri berbeza…?
Bagi lelaki yang tak kenal amia pulak… amia agak terkilan… amia berniqab pergi ke mall di tengah kota kuala lumpur… almaklumlah… shopping raya… bawak adik 3 orang… while I’m the only one yang berniqab… tapi pandangan lelaki itu… nyata menyakitkan… sejak dari waktu amia seksi… sampai amia berniqab… sama jugak… pandangan lelaki… melihat seorang perempuan itu dengan pandangan yang sukar ditafsir… mudah kata instinct amia tak suka pandangan mereka itu… amia terkilan sebab perangai mereka… dan jugak kerana mereka anak muda melayu islam… yang konon nya kuat melaung Allahhuakbar… mereka yang sepatutnya terdidik nafsunya di bulan ramadhan mulia… Astagfirrullah al’azhim… tapi kenapa still pandang perempuan macam makanan yang terhidang…?
 Pada mulanya amia ingat itu cuma hati amia sahaja… tetapi amia salah… sebab benda sama dirasai oleh adik amia… angah… angah tegur jugak… katanya…
“ayong… angah tengok lelaki tetap pandang kamu macam tu walau kamu dah tutup semua”
Hati ini tersentak… sampaikan ke tahap adik amia jugak perasankan benda yang sama… kiranya gerak hati amia itu tak salah…
 
 
Semua ini kerana budaya… kerana adat melayu… ya… memang amia salahkan adat dan budaya melayu dalam membela anak… kita sibuk sogokkan anak perempuan harus buat itu dan ini… tutup itu dan ini… anak perempuan itu… anak perempuan ini… niat itu sudah bagus… untuk selamatkan anak gadis melayu dari mereka yang berhidung belang yang sudah pastinya tiap masa mengintai peluang… tapi cuba selamkan balik… mengapa adanya si hidung belang…? si hudung belang tak ada yang melayu kah...?
Kerana kita sibuk menentukan gaya apa anak gadis harus jadi sampai kita yang melayu ini kerap terlupa cara untuk mendidik anak lelaki melayu agar menjadi lebih berguna… memang bukan semua lelaki melayu itu buruk akhlaknya… tetapi kebanyakan mereka macam itu… kita lupa untuk ajarkan anak lelaki cara hormati gadis melayu sendiri… cara untuk mereka menjaga mata dan nafsu… cara mereka mendidik iman supaya iman tidak hanya pada kopiah diatas kepala tapi juga di jiwa… cara supaya mereka menjadi hero yang melindungi daripada syaitan yang mendampingi…

it's not about the dress... it's about the mentality...

 
“Man will always be man”
Itu ayat loser… ya… fitrah kelahiran mereka sebagai lelaki… memang akan mengejar perempuan… memang punya mata yang pantang lepa… punya rasa gatal miang keladi yang tersendiri…  tetapi anak yang lahir sebersih kain putih… kita yang mencorakkan mereka… stop blaming them for becoming the monster they had become today… tapi minta maaf sebab we among the reason of their monstrous eyes… kenapa kita sebagai melayu islam tak boleh nak bendung semua ini…?
Bukan amia bersifat nak kondem lelaki melayu sahaja… tetapi kerana amia gadis melayu… amia tak tahu macam mana kaum lain didik anak mereka… TAMBAHAN PULAK MATA YANG MENCERLUNG PANDANG AMAI ADALAH MATA LELAKI MELAYU… sebab tu amia cakap… I admit… mesti ade kalangan pembaca yang lelaki melayu rasa tak puas hati dengan tulisan amia dalam entry kali ni… ayat pling obvious terlintas kat benak korang,… “bapak amia pon lelaki melayu”… yes… memang melayu… tapi tak salah kalau still nak nasihatkan orang kan…? Amia sendiri pun tak sempurna… masih lagi setiap hari tercatit dosa… TAPI…
 
“adalah wajib bagi seorang saudara islam itu menegur kemungkaran lain yang berlaku dalam pengetahuannya walaupun ketika itu dirinya sendiri sedang melakukan kemungkaran”
AKU MENEGUR KERANA SAYANG,
AKU MENEGUR SUPAYA TAK HILANG,
AKU MENEGUR MOHON KAU MATANG,
AKU MENEGUR DEMI UMMAH TERBILANG.
Kenapa tidak disamping kita cuba melindungi anak gadis… kita latih juga anak lelaki dengan sifat melindungi… kita suruh anak gadis tutup mengikut syariat islam disamping itu ajarkan anak lelaki nilai hormati perempuan… lebih bagus dan mantap kalau kita boleh buat anak lelaki kita menghormati setiap wanita seperti selayaknya seorang anak menghormati ibunya…
**************
Di hari yang sama… tapi dengan pengalaman yang berbeza sedikit…
Amia dan adik2 masuk dalam sebuah kedai kasut… kaki penat berjalan… so amia duduk saja… biar adik2 pusing kedai mencari kasut apa yang mereka mahukan… kita ni banker jaga duit ja,… so duduk je la ye dok… dalam deru deram bukan main ramai lagi umat bershopping… dalam amia duduk tu… datang seorang lelaki cina… dia bertinggung duduk depan amia… amia atas kerusi dan dia menghadap amia… Allah… terkejut… tapi ada soalan keluar dari mulut dia…
Lelaki cina            : kak… I nak tanya satu benda… kenapa dengan tangan you…? Tutup semua dengan glove..
Amia                      : tak de apa… okay saja…
Lelaki cina            : memang kena pakai ke itu glove semua…?
Amia                      : kalau pakai lagi bagus..
Lelaki cina            : kenapa ye akak..? tak boleh sentuh sebab kita lain agama ye akak...?
Amia                      : I punya religion cakap perempuan dengan lelaki tak boleh sentuh… lelaki islam pun tak boleh simply sentuh tau... so kalau I pakai glove… senang… masa mau bayar duit dekat kaunter… I tak risau kalau tangan terkena tau… sebab I pakai glove…
Lelaki cina            : betul la kak… betul… betul… itu tutup muka(niqab) pun sama…?
Amia                      : yup.. tak pakai pun tak pa… tapi kalau pakai lagi bagus…
Lelaki cina            : kalau ex boyfriend boleh pegang tangan tak…?
Amia                      : tak boleh…
Lelaki cina            : masa jadi boyfriend boleh pegang, sudah jadi ex tak boleh pegang ke…?
Amia                      : sebenarnya boyfriend pun tak boleh pegang tau…
Lelaki cina            : I ingat boleh pegang… ramai jugak semua pegang tangan jalan-jalan…
Amia                      : yup… benda itu jadi biasa sebab semua orang buat benda sama… tapi sebenarnya tak boleh tau… Cuma you punya keluarga rapat and blood relatives macam ayah dengan abang saja boleh pegang… kalau lelaki lain mau pegang kena kawin dulu tau…
Lelaki cina            : macam mana itu bercinta kalau tak boleh pegang tangan…? Kalau I nanti malam terbayang tau kak… macam tengok makanan tapi tak boleh makan…
Amia                      : that is the different… perempuan bukan makanan tau… hahahaha… sebab masa bercinta tak boleh pegang… lagi mau cepat-cepat usaha kawin… lagi bagus kan…? Kalau selalu pegang nanti kawin sudah tak special tau…
Lelaki cina            : pandai la you kak… betul la… I lelaki tau… bila you tutup macam ni… I pun mahu tau macam mana you punya muka dengan tangan…  tapi kan kak… satu soalan lagi… ex husband boleh pegang tak…?
Amia                      : hahaha… tak boleh la… sebab bukan husband lagi dah… kalau nak pegang jugak kena remarried tau… jadi husband balik baru
Lelaki cina            : itu macam ye akak… okay… okay… I baru tahu tau boyfriend tak boleh pegang… terima kasih akak… akak… kaki apa saiz…? Tak mau beli kasut…?
Amia                      : tak pe… I tunggu 3 adik I sana tu cari kasut…
 
*amia nampak betapa kelirunya dia… sebagai seorang insan beragama lain… dia terkeliru dengan cara Islam di depan mata… ini kerana Islam kini hanya pada nama… hanya pada kad pengenalan… bukan pada amalan… dan bukan juga pada perbuatan… seronok sebenarnya berkongsi cerita dan ajaran… terutama pada mereka yang berminat… kalau yang islam tak pernah berminat… apa salahnya kita curahkan ilmu pengetahuan pada yang berminat walau dia bukan seagama dengan kita… siapa tahu… kot terbuka hatinya menerima agama Allah…
 
p/s: lelaki cina yang amia maksudkan dalam cerita diatas adalah pemilik kedai kasut ‘Silver Trend’… orangnya tinggi… berambut ala-ala asmawi ani… kurus dan ramah… menyesal pulak terlupa bertanyakan namanya…kalau nak kepastian cerita ini.… pergilah cari orangnya di Kenanga Wholesale City… tanyalah dia… ingat atau tidak seorang perempuan berniqab dengan 3 orang adik perempuan datang beli kasut dan berkongsi cerita…
 
tak salah mencuba... untuk tahu kau mampu gendong atau tidak...
 
 
Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.
 
AnakManusia,
Amia.
 

Tuesday, 30 June 2015

Kehilangan Misi Perkahwinan


Kawan lebih penting dari girlfriend... tapi isteri lebih penting dari kawan... now can you see the flow...? Dia tinggalkan keluarga untuk hidup bersamamu... dia serahkan jiwa dan raga kepadamu.. berkorban jasad dan tenaga untuk menyambung zuriatmu... takkan perhatian yang percuma pun kau x mampu...?
 
semua orang pernah jadi jahat sebelom jadi baik... tapi itu adalah lebih baik daripada dari baik kemudian jadi jahat... jodoh yang baik adalah untuk mereka yang baik... walaupun sama-sama 'pernah jadi jahat'...

 

Jangan jadi lelaki loser yang semudah alif, ba, ta nak berputus asa dan berasa bosan... usia bukan penanda aras tahap kematangan seseorang... tapi setiap tindakan dan keputusan yang di buat... realiti hidup bukan seindah mimpi atau semanis cerita bollywood...dalam hidup ni... cinta dalam perkahwinan itu perlu ada give and take... kalau kau mahu dihormati isteri... bertindaklah seperti seorang suami yang layak dihormati... Jangan nak mengharap diri tu di puji kalau perangai taraf layak sangat di maki... ada yang mengatakan...
 
"lelaki ni makin lama makin pandang bini makin bosan...
perempuan pulak makin lama makin pandang suami makin sayang"
 
so lelaki kat luar sana tolong lah buktikan betapa penyataan kat atas ni salah... yang isteri pulak... memang jadi kerja korang lah yang paling wajib untuk memastikan suami tak bosan... membebel memang sifat perempuan... manakala merokok itu sifat lelaki... kalau DEMI SEBUAH INSTITUSI YANG BERNAMA PERKAHWINAN, ENCIK SUAMI BOLEH BERHENTI TABIAT MEROKOK DIA... MAKA AWAK BOLEH BERHENTI MEMBEBEL JUGA... suami tak lahir dengan rokok di bibir... itu memang betul... namun awak juga tidak terlahir pandai dan petah bicara... sebelum mengubah sesuatu... pastikan awak ubah dulu diri awak... kadang kala kita menjadi ujian kesabaran orang lain... kadang kala orang lain pula yang menjadi ujian kita... maka ringankanlah ujian orang lain semoga kesabaran kita tak diuji dengan berat...

 
 
perkahwinan itu merupakan sesuatu yang suci... bukan setakat demi penyatuan dua jasad secara sah... dalam perkahwinanlah adanya penyatuan dua hati... membentuk sebuah keluarga... cara yang terbaik untuk menjadikan seseorang yang dahulunya begitu asing dekat antara satu sama lain... rasa cinta tu memang perlu... tapi rasa tanggungjawab yang akan menghidupkan cinta tu... kalau tak ade rase bertanggungjawab... cinta yang paling agung pon akan tersungkur melingkup... akak nak bagi contoh paling simple la ye... kau bawak pergi cinta untuk beli barang kat pasar... apa kau dapat...? nothing... cinta tak mengajar kau untuk bekerja... rasa tanggungjawab tu yang membuatkan kau membanting tulang empat kerat untuk sara keluarga... perkahwinan tanpa cinta sekalipun... dengan wujudnya rasa tanggungjawab... tak kira la dari suami atau isteri... lambat laun akan mencambahkan rasa... kalau tak... masakan atok nenek kita dulu boleh sehidup semati dengan pasangan... padahal pertama kali bersua muka masa majlis akad nikah...setiap suami itu khalifah dalam keluarganya... betul khalifah itu... insyaAllah betullah kroninya...
 
sebagai isteri pula... jagalah aib suamimu... dia kan ketua dan kepala keluargamu... kerana sesungguhnya Allah menyembunyikan aib malam mu di siang mu... dan Dia menyembunyikan aib siang mu di malam mu... jika Allah sudah menjaga aib keluargamu... jangan lah menjadi pengorek lubang penyebar aib dan membuka pekung sendiri... Jangan gunakan alasan usia masih muda intuk kau cakap yang kau baru belajar menjadi isteri... Babe... Satu je akak nak pesan... Masa jadi isteri dlu tu... Awak bersedia atau di paksa...? Kerana berlandas nafsu atau rasa...? Jangan lah pulak awak terasa hati dengan soalan akak ni... Akak tak suruh awak bagi tahu akak jawapan soalan akak tu... Akak tak nak dengar pun jawapan awak tu apa... Detak  dalam hati awak tu... Hanya awak dengan Allah je yang tahu... akak pun hakikatnya tak pandai nak explain bukan main lagi pasal peranan suami isteri ni... akak pun masih terlalu hijau... rasanya dah banyak dah ustaz ustazah yang lebih petah dah pun membincangkan perihal peranan suami isteri dalam bekeluarga... masa hang p kursus kawen sebelom nak menikah tu pun depa ada bincang pasai peranan laki bini jugak kan... dah kawen ni lah masa nak apply segala ilmu yang depa dah lambakkan kat hang...

Allah menguji takkan berhenti... untuk melihat dan menilai... yang mana satu kau bakal idami... kau mahu syurga yang hakiki... tapi tindakanmu mengundang neraka abadi... masyaAllah... tanam dalam kepala dan hati... syurga seorang isteri sudah dijanji... asalkan kau patuh agama dan taati suami... semudah A B C... Akak tak cakap akak sempurna... Akak pun banyak cacat cela... Tapi mana yang salah tu... Jangan la buat... dah cukup matang untuk jadi ibu kan...? Ada akal kan...? Pepandai la digest ayat akak ni... indahnya ujian Allah ni adalah apabila adanya timbal balik... hang mintak angin sepoi sepoi bahasa... Allah kurnia hujan kilat ribut taufan... tapi indahnya timbal balik Allah ni ialah Allah hadiahkan pelangi...

memberi tarbiah itu belum sesuai bagi ku...
aku belum layak...
namun ini adalah dunia...
tidak salah kalau kita saling memperingati...
 
semua ini hanya kata-kata hadiah buat seorang sahabat akak.. memang tiada kaitan langsung dengan kehidupan akak... tapi just rasa terpanggil untuk berkongsi rasa... stop assuming... start asking... Im totally happy with my life... Im thankful with His bless... Alhamdulillah... buka minda... buka hati... tetapkan iman... ujian yang maha hebat adalah untuk mereka yang hebat...
 
buka mata,
buka hati,
cuba fahami.
 
AnakManusia,
-Amia-

Tuesday, 12 May 2015

Drastik Itu Seksi


Gadis yang.....
 terkinja-kinja... dengan heels... baju ala-ala Lady Gaga... make up tebal... contact lens tak tinggal... mana perginya dia...? Sudah hilang...? Perempuan yang seksi berskirt pendek... pakai dress tak cukup kain... ketawa sekuat hati... banyak gelak... di manakah dia...? Mati...?

Ini cerita akak.

Semua mengatakan perubahan akak ini terlalu drastik.. Terlalu cepat... Terlalu ketara... Ketika membincangkan tentang hal ini... Akak hanya mampu tersenyum... Sambil akak betulkan tudung atas kepala ni... Dan ketawa sikit-sikit...alhamdulillah usia 22 menyaksikan akak melaksanakan nazar akak untuk menjadi seorang perempuan... Bukan maksud dulu akak ni bukan perempuan... Cuma nazar yang diungkap masa akak form 2 dulu tu merupakan nazar yang dibuat saat akak masih boyish... tomboy...

Alhamdulillah sudah setengah tahun berlalu... Sejak hari lahir akak yang ke 22... Dan sejak itulah tudung dah jadi mahkota kekal kat kepala akak... Lucu pun ada bila kawan-kawan lama jumpa akak... Dorang terpinga-pinga... Macam tak percaya pun ada jugak agaknya... Kawan sekolah masa form 1-3 pon ade yang tak cam akak... Housemate rumah sewa shah alam pun semua pelik... Siap ada yang claimed akak buang tebiat... Pendek umur dah kot kata dorang... Iyalah... Akak yang dulu dengan akak yang sekarang lain sgt... Berbeza...
Akak sendiri akui benda tu semua... Tapi bab perubahan drastik tu... Ntah la... Kurang setuju kot... Maybe sebab akak tahu diri akak sendiri... Tentang berapa lama akak mencari orang yang boleh akak berpaut dalam membawa akak mendekati Pencipta sekelian alam...

Teringat lagi dulu masa sekolah asrama di muadzam shah, pahang... Tiba tiba minah tomboy kena pakai tudung... Tudung labuh pulak tu... Kena pakai simis tebal and kain dalam... Tak kisah la kain ngan baju skolah canggih yang kau pakai tu tebal mana... Still kne pakai gak dua benda alah tu... Baju kain lembut n licin xleyh pakai... Kasut high cut tak boleh pakai... Kain tak boleh singkat... Nanti nampak aurat... Bila kau pakai jugak... kau kena tahan la nanti ngan cikgu yang bertali arus tegur pakaian kau...

Meroyanlah akak sekejab... Take time nak biasakan diri... Kau ingat senang nak berubah...? Terima semua...? NO... Tapi alhamdulillah... Sebabkan akak sekolah asrama kat hujung dunia tu lah... Akak tinggal dunia pengkid akak... And sebab sekolah tu jugaklah dalam kepala otak akak ni melekat lagi surah yassin... Semua gara-gara disuruh ketuai bacaan yassin pelajar perempuan setiap jumaat semata sebab akak ni pengawas... Rotate pulak giliran dengan ketua bilik and kolej... Terbaiklah...!

Teringat pulak yang atas faktor sekolah jauh... So akak jarang balik rumah family at bandar country homes... So bila balik... I was wearing hand socks back then... Bila sampai je kat rumah... There was a joke told by my mom....

"Kamu nak pergi motong rumput kat mana...?"

Sebab mama tak pernah nampak akak pakai hand socks... Satu family ketawa ngan lawak mama... Termasuklah akak... Tapi... I have to admit... At my age back then... 16 tahun... Apelah yang akak tahu selain dari rasa malu and ego sebab jadi bahan lawak org... Especially my own family... So akibat dari ego akak sendiri... Hand socks bertahan sekejab je dengan akak... Tak sempat sampai form 5 pon, akak dah lucut hand socks...

Once dah habis sekolah... Lagi lah... Tudung pon lucut... Rambut macam2 kaler... Purple pernah, biru pernah, gold pernah, coklat pernah, merah pernah... Hijau ngan pink je tak pernah... Then bila akak start balik dengan tudung and hand socks sekarang... The first comment my mom ever said to me bila akak update gambar bertudung with hand socks is

"Kelas kau ustazah..!"

hahahhahahah.... I know it just a joke... A silly joke... But I'm a better person now... Matured sikit banding dulu... Dah tahu fikir arah tuju... So my mom punya joke tu remain as angin yang masuk telinga kanan and keluar telinga kiri... Tak effect akak dah... There is no more ego for me to be defend...

Itu beza akak yang dizaman sekolah dengan akak yang sekarang... Masa dulu akak salah... Dalam mencari jalan yang betul... Kenapa akak cakap akak salah...? Salah sebab akak berpaut pada orang... Bila orang yang akak paut tu pegangannya belum sempurna... Sama-sama hanyut... Patutnya akak berpaut hanya pada Allah... Patutnya akak cari hidayah Allah... Bukan tunggu je hidayah Allah kejar akak... Niat tu dah betul... Tapi cara akak salah... Kira macam salah konsep gak la akak ni... Tu yang akak terpesong jauh tu...

Sampai ke satu tahap... Akak sedar yang akak sebenarnya sorang-sorang... Akak tak boleh berpaut pada siapa-siapa... Orang yang akak paut dulu tu pun hakikatnya terpesong... Sama macam akak... Then mula perjalanan akak... Sendiri... Akak cari buku-buku yang mudah untuk orang cetek agama macam akak ni nak faham... Akak google merata... Segala yang akak nak tahu... Akak log in dalam website macam-macam diskusi agama... Tanya soklan yang akak zero... Akak ketepi malu... Akak buang ego... Akak start dari basic... Macam bayi... Merangkak-rangkak hadap kalam Allah... Iqra, Muqaddam, terjemahan... Semua akak sapu...

Malunya pada Allah tak tahu nak cakap macam mana...dah besar panjang baru ada usaha... Nyaris nyawa masih ada... Allahurabbi... Macam budak kecik umur 4 tahun yang kena paksa makan sayur... Berjejer air mata sambil hadap kalam sebab baca balik terjemahan... Akak lebih faham... Hati lebih terbukak... Alhamdulillah... Allah permudahkan pada siapa yang Dia kehendaki... Allah permudahkan perjalanan akak mendekatiNya... Allah pertemukan akak dengan ramai insan yang berhati mulia... Menyatukan akak dengan abang yang selalu ajar pasal hukum hakam... Tidak lokek membantu... Memberi nasihat... Menghulur kata mulia dan sokongan... Yang mengajarkan akak istilah rukun dan kejelitaan Islam...

Tiada lafaz setanding untuk akak ungkap betapa akak bersyukur dan beruntung... Dalam akak lalai pun Allah masih hadiahkan akak macam-macam keistimewaan supaya akak balik padaNya... Allah menguji akak atas dasar kasih,sayang, dan cintaNya kepada seorang hamba... Allah tu kan yang Maha Pengampun... Ada hikmahnya Allah rahsiakan timbangan amal manusia tu... Kerana sebab itulah akak masih memohon ampun dalam setiap sujud... Sebab akak takut... Takut pada Allah... Dalam setiap doa yang akak titip dan tadahkan... Akak tak henti sedar taraf diri cuma hamba...

Walau dalam rengsa ramai yang mengeji dan menghina... Akak pekakkan telinga... Teruskan langkah kecik satu demi satu... Ada jugak kata kata mencerlung yang mengatakan orang macam akak ni dah tak ada tempat di sisi Allah... Allahhuakbar... Peritnya ayat tu terjah telinga akak... Sentap pulak dengan status fb orang yang mempertikaikan akak... Katanya akak cuba jadi baik kerana nak menangi balik hati manusia... Ya Allah... Hina sangat rupanya taraf akak ni pada pandangan orang...

"Cuba jadi baik, eh wait, got another option"
"Macam mimpi pulak tengok mia pakai tudung labuh"
"Belum tentu kau sembahyang sekarang Allah terima"

Dalam esak tangis akak paling syahdu... Pada Allah akak berserah... Mohon ampun kerana kesilapan akak dulu... Kerana lurusnya akak dulu... Kerana lalai dan lekanya akak dulu... Akak tak peduli apa manusia nak cakap... Mulut manusia kita tak boleh nak tutup... Tapi jangan kita balas... Buktikan taraf kita lebih baik dari mereka yang keyboard warriors tu...Succes in silence is the best revenge...

Allah hadiahkan akak nikmat paling indah bila parents akak akhirnya memahami akak... Walau hakikatnya akak tahu kedua-dua orang tua akak rasa pelik dengan perubahan akak... Sebab akak tak pernah tunjuk... Lepas habis sekolah... Tu je la... Tudung hilang... Baju pon setakat cukup syarat... Tapi akhirnya akak sedar... Alhamdulillah...

Yang paling penting sekarang akak tahu akak kembali bukan sebab sesiapa... Akak kembali atas hidayah Allah and kesedaran sendiri... Bukan sebab orang lain suruh... Bukan sebab terpaksa... Bukan sebab nak kejar cinta manusia... Tapi dengan rela hati and insyaAllah seikhlas hati...

Akak dah pernah rasa macam-macam keadaan hidup... Pernah kaya sampai duit jadi mainan... Pernah jatuh miskin sampai xde duit nak makan... Pernah jadi tomboi and pengkid sebab rasa dengan cara tu akak boleh protect diri sendiri... Pernah jadi kepala baran bergaduh dengan parang... Pernah hidup cara barat... Pernah tak nak mengaku diri melayu... Pernah sesat jalan... Sekarang nak kembali ke pangkal jalan... Hidup sederhana... And lebih bahagia menjadi seorang muslimah... Yang dalam lembutnya... Ada tegasnya...

Akak happy sebab dapat keluarga paling sporting... Akak boleh cerita semuanya tanpa selindung... Akak boleh buat lawak bodoh pon semua layan kepala... Tapi yang buat akak paling gembira ialah... Perubahan akak kearah positive alhamdulillah berjaya tarik beberapa orang sahabat dan beberapa orang ahli keluarga kearah yang sama... Akak bersyukur sebab kawan kawan akak majoritinya menyokong akak... Akak tak hilang kawan... Malah kawan akak makin bertambah...

Dulu akak takut nak berubah... Sebab akak takut akak akan hilang kawan kawan akak... Akak takut kawan kawan akak tak boleh terima perubahan akak... Sebab akak rasa sayang nak tinggal dunia enjoy akak... Lepas tu... Akak takut orang yang akak cinta masa tu takkan suka akak dah sebab akak dah tak seksi... Dah tak nakal... Akak takut dia pandang akak tak lawa dah sebab akak bertudung dan bertutup... Lain dari masa mula mula dia kenal akak... Nak pulak mase tu akak tengah kencang dengan buat profile modelling and job photoshoot... Konon acah model la akak ni... Hurmmmm...

Tapi sampai satu tahap tu... Akak berfikir... Sampai bila akak nak macam ni... Tahan diri dari buat perubahan baik semata sebab orang... Then akak start... Akak create gap antara akak dengan orang sekeliling... Tak sangka orang yang akak cinta selama 2 tahun tu rupanya bukan jodoh akak... Tak pe lah... Sedih tu commonlah... Putus cinta kan... Masa tu memang akak menangis semahunya... Banyak benda bodoh and gila main kat kepala otak akak... Lepas tu ada jugak seorang lelaki yang datang hulur hati... Tapi dia chipsmore... Kejab ada kejab tak ada... Saat akak down masa tu dia hilang... Double down...

Tapi... Akak ada yang lebih berharga... Walau macam mana akak buat gap antara kawan kawan... Akhirnya merekalah antara yang pertama sokong akak... Mereka yang ada masa akak down and suram... Ieeka, Azlin, Liyana, Fariza, Najwa, Farhanah, Eleena, Veronica, Asiah, Fareez, WuanAireil, Rudy, Nazarul, MhdHafiz, Adda, Maira, Rahman, Anders, Resshan, David, SisLiza, SisWawa, Miamia, AbgNazir, KakYuyun, KakAnna, KakDahlia, Chacha, KakAdira, KakIman, Ziana, Paan, Shahril, Dyana, Zafirah, AbgFadzrul, AbgFarid, SisErma, budak rumah, budak kelas, and ramai lagi lah...

Pasal kerja akak pulak... Akak butakan mata, pekakkan telinga je... Kau tak nak ambil akak modelling sebab akak berhijab lantak kau lah... Akak kira tu bukan rezeki akak lah... Akak biarkan saja... Sebab pada akak... Rezeki akak Allah yang jaga... Tak perlu akak nak bukak tudung balik semata sebab nak kejar job... Dan akhirnya tengoklah sekarang... Selepas setengah tahun... Alhamdulillah... Akak masih hidup lagi... Rezeki tak putus and akak dapat kenal lebih ramai model-model muslimah yang tak kedekut share pengalaman and job dengan akak... Syukur...

Paling teruja bila akak dapat bahu extra untuk akak lepas segala rasa... Terima kasih sangat akak ucapkan pada abang... Mohamad Syarafudin Syahmi... sebab dia backup akak paling kuat setakat ni... Masa akak tengah sedih and down tu lah dia datang and tenangkan akak... Mulanya abang hulurkan persahabatan... Katanya dapat jadi kawan pun cukuplah... Tapi bagusnya abang ni... Dia dipilih sebagai menantu pilihan oleh parents akak...

Mama dengan papa suka betul dengan abang... mana tak nya... abang ni anak angkat merangkap insan kepercayaan paarents akak... Sweet jugak la abang ni sebab banyak benda abang buat untuk ambil hati akak... Lama lama akak pun jatuh hati... Sebab... Abang jugaklah yang banyak bagi pendapat dan nasihat tentang apa yang akak buat... bagi perhatian... bimbingan... Banyak jawab soklan soklan sal agama... Malam malam abang banyak kongsi cerita pasal ilmu agama yang abang tahu... Kitorang sama sama saling memperingati terutamanya pasal waktu solat subuh... Akak kejut abang atau pun abang kejut akak... Kami saling melengkapi...

Abang jugak lah yang sedarkan akak bahawasanya akak sedang dalam proses memohon ampun and mencari redha Allah... And ini memang akak nak buat pengakuanlah... Akak slow amik job modelling ngan photoshoot sebab laki akak tak suka... Akak ikut... And akak still happy... Sebab akak still bergambar... Bezanya sekarang bergambar depan abang je kebanyakkannya .. Abang ade camera DSLR jugak... Abang beli dulu sebab katanya biar lepas ni dia saja photographer official akak... Jeles rupanya... Hahahaha... Posing depan abang pon kire okay la kan... Hahhahahahha... Selfie pakai fon pon rase seronok...

Don't simply judge people based from this and that... you never know what they have been through... refleks balik kat diri kau... muhasabah diri supaya kau tak buat salah yang sama... akak bersyukur dengan pengalaman akak selama ini... memang bukan semua pengalaman manis... yang masam, pahit dan kelat pun ada... tapi akak bersyukur sebab pada akak... pengalaman masam, pahit, kelat ni lah yang banyak mengajar akak supaya jadi macam sekarang... 

Manusia memang boleh bercakap... Tapi nak cari seorang yang boleh paham kau... Belum tentu manusia macam tu wujud walau serapat mana pun antara kau dengan dia...akak cuma boleh bagi tahu satu benda je... Allah lebih paham kau... Even bila kau sendiri xpaham diri kau... Allah lebih tahu...

Kalau korang ada niat nak berubah kearah yang lebih baik... Jangan takut... Buat je... Setiap perkara dalam hidup ini adalah perjudian... Orang lain terima atau tidak... Itu belakang cerita... Sebab apa yang penting ialah awak kejar bahagia awak... Tak lupa jugak awak kejar redha Allah... Ingatlah yang syurga neraka tu bukan dimulut manusia... Tapi ditentukan Allah... Selangkah kaki awak melangkah ke arah kebaikkan... Seribu kebaikan malaikat dah catat... InsyaAllah...

Akak berharap akak mampu letakkan Allah ditempat paling tinggi dalam hati akak... Akak teringin pergi umrah... Nak bawak whole family akak kalau boleh... Menziarah tanah suci sebelum akak tutup mata... InsyaAllah... Doakan akak ye korang...:-) aminnn...

P/s: sorry sebab entry kali ni agak berterabur dari pelbagai segi... 

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.

Monday, 20 April 2015

Surau, Kasut, Air, Telekung

Pada suatu hari... akak pergi la ke surau... mase tu dah hampir pukul 2... bagus surau UNISEL ni sebab ada rak kasut lagi... tapi yang tak best nya bila student bukan guna pun rak-rak tu semua... semua lagi rela buka kasut depan pintu surau... then biar bersepahan... orang yang lalu lalang dekat depan surau sepak terajang kasut... kiri kanan terbolak balik... jangan la nak bengang ke ape dengan apa yang akak cakap ni... tapi... rak kasut ada awak tak nak guna... so itu la balasnya... next time jangan jadi kufur nikmat... kemudahan yang ada... gunakan... akal ada kan Allah bagi... pandai-pandai la guna... okay cukup tarbiah sentap mentap pasal rak kasut surau...

Akak masuk surau memang tak de niat lainlah..

Ramainya anak manusia bergelimpangan tidur kat surau... hurm... tak tahu nak kata apa bila nak solat tak cukup tempat semata sebab ada yang tidur mati... masa orang dok kalut nak solat... dia tidur... tempat yang available boleh digunakan untuk solat jadi kurang... kecik... sempit... dan kena tunggu turn la pulak...manusia oh manusia...

Tak apa lah... akak kejut bangun tidur nanti isu la pulak... so akak tulis je la kat sini... almaklumlah... muka kak ni dah memang muka kuat isu kat unisel... ada je yang serba tak kena... haahahahahaa... malas nak tambah isu... akak diam je la...

Satu yang tak best lagi pasal surau unisel ni ialah air nak wudu' tu punya la ciput keluarnya... kalau tengah peak hour tu... memang boleh jadi baran jugak la ngan kondisi air yang keluar dari paip tu... dupdap dupdap je rasa jantung ni menahan...

nak dijadikan cerita... lepas wudu' akak cari telekung akak yang disimpan kat surau... tak jumpa la pulak... tersorok la tu dalam timbunan telekung orang lain... tak pe lah... akak pergi ambil telekung wakaf Surau UNISEL... alhamdulillah... sekarang bersidai je semua telekung... bersih and kemas berbanding dulu... dulu dasyat sangat... sekarang takde dah telekung taraf rancangan bersamamu... akak ni bukan ape... bukan nak menghina... akak cuma nak bagitahu... kalau nak keluar dating dengan pakwe ke... suami ke... or even keluar dengan kawan-kawan... semua kalau boleh nak cantik... wangi... bersih... padahal nak keluar dating dengan hamba... tapi kenapa bila nak dating dengan Allah... pemilik sekelian alam... pemilik segala yang dilangit dan dibumi... kita pakai telekung taraf rancangan bersamamu...? So dimana kita letakkan taraf Allah dalam hati kita...? Semak balik hati tu...

Alhamdulillah... solat zuhur 4 rakaat...

Lepas solat akak gantung balik telekung wakaf yang akak guna tu... masa nak gantung tu akak tengok telekung wakaf lain yang bergantung ada la yang senget benget... gantung tak molek... yang jatuh terlerai dari hanger pun ada... alang-alang kelas akak start pukul 3... akak gagahkan la tangan ni betulkan semua telekung tu... lega sikit mata akak ni nak memandang... tanpa akak sedar... rupanya segala yang akak buat tu jadi perhatian seorang student.

Student   :   rajinnya awak susun semua telekung ni... bosan sorang-sorang ye..? Mesti ahli surau kan..?

Akak         :   eh tak la... saja je... semak mata... tu yang susun tu... bukan ahli surau pun...

Student   :   rajinnya lah... kalau saya... biar je la... dia orang pandai guna... patut pandai la simpan balik...

Akak         :   tak pe lah... tak salah kita kemas... rumah Allah pula tu... dapat pahala... hal orang lain tu lantak lah dia orang...

Student   :   menyusahkan diri sambil manjakan orang lain... nanti bersepahlah balik... sekejab je bertahan... (sambil tangan capai sepasang telekung wakaf)

Akak         :   ya... mungkin dengan cara macam ni... nampak macam kita manjakan orang yang tak reti nak susun telekung ni balik... kita susun sia-sia... tiada benefit untuk diri kita... kita tak mampu nak tegur suruh orang susun telekung elok-elok... tapi sekurangnya kita dapat tolong mudahkan awak cari telekung... Assalamualaikum... :-)

Alhamdulillah... sewaktu keluar dari surau akak tersenyum... sebab akak tengok gadis tu senyum pada akak... akak tak layak nak tarbiah orang... akak tak mampu nak menasihatkan orang... tapi andai ada kesempatan... benda kecil macam tu... mengubah pandangan orang terhadap sesuatu.. insyaAllah... you are not necessary need to becoming among the surau member to make the place you pray more comfortable... niat dalam hati kita... manusia tak tahu... tapi Allah tahu...

Buka mata,
Buka hati,
Cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.

Sunday, 8 February 2015

You Want To Pray But You Just Cant...

You want to pray, but you just.. Can’t.

pernah hati kau meronta ronta nak solat...? orang lain buat kau nampak solat tu macam satu benda yang kacang je... dorang just bangun dan buat bila masuk waktu... kau harap sangat kau salah satu yang macam tu... kau berharap sebenarnya... supaya kau bisa solat bila masuk waktu... tanpa culas..  tanpa ragu... 

Tapi ada benda yang buat kau rasa cacat... sesuatu yang tak sempurna... Kurang... by fact kau bukan rasa cacat... tapi kau rasa dalam jiwa kau ada satu lubang... ada sesuatu yang hilang... kau rasa heartless... kau tak rasa apa-apa...

So macam mana dengan rasa kosong dan heartless tu kau nak khusyuk ngan solat...? Ikhlas...

Kau cari orang yang boleh ceramah kau pasal agama... nasihatkan kau... tapi mostly orang lagi suke nasihat dari sudut reactive... nak tau ape maksudnye...? Orang selalu cakap.. "kau solat dulu... sekarang maybe tak penuh... lama-lama nanti penuh lah".... so macam mana...? Bagus ke nasihat tu...? 

Bukan mia nak cakap nasihat tu tak bagus.... tapi just nak bagitahu... yang nasihat sudut reactive tu selesaikan pandangan manusia... tapi tak kan mudah selesaikan masalah hati yang kosong...

untuk orang yang dalam hatinye kosong.... jiwa berlubang... "sembahyang yang cuma ikutan" tak kan mampu mengisi jiwa tu... hati still kosong... so.. orang yang macam ni tak kan mudah nak jumpa nikmat sebenar bersujud pada Allah... rasa merendah hati dan menyedari diri sebagai hamba... solat... niat dimulut betul... tapi niat di hati kemana...? Ikhlas kah melaksana kewajiban tu...? Atau sekadar nak display pada mata manusia...? Supaya orang tahu yang diri tu alim... solat... itu riak ke takbur ek...? Penipuan berdasar perbuatan...? Kalau sekadar ikut pergerakan solat... betul ke rukun solat...? Betul ke bacaan solat...?

balik pada basic... kita manusia sembahyang sebab satu reason yg simple je... sebab kite cinta Allah... sebab kita cinta Allah lah yang akan membuatkan segala perbuatan amal jadi mudah... sebab cinta Allah yang buat kita masih bertahan... walau pada saat kite dah tak larat... cinta Allah tu umpama sekeping puzzle... macam mane kalau kepingan tu hilang... tak lengkap puzzle walau sekeping je tak ade...

Kalau tengok mase mule2 kedatangan Islam dlu... banyak ke arahan...? Extreme..? Tak...? Kenapa...? Tengok surah-surah awalan... bak kate orang surah lazim... surah lazim cerita pasal Allah... pasal malaikat... pasal rasul... pasal penciptaan manusia... makhluk... rules and regulation came later... lepas semua asas dah lengkap... asas dah kuat... sebab tu la start dari nabi Muhammad SAW baru manusia start solat... to be honest... nak tanye... macam mana kau nak solat kalau asas pon kau tak ade... macam bina rumah... takkan tiang pun takde tapi kau da nak mengecat...? Batu asas mana...? Atap bumbung pon tarak...

Kalau kite nak jadi antara mereka yang di sayang Allah... jenis yang sembahyang sokmo... penuh 17 rakaat sehari... antara mereka yang bergegas bile sampai waktu... so kite kne mula dlu dengan wujudkan rasa cinta pada Allah... cane nak cinta Allah...? Kita kena la KENAL Allah...

mia selalu cakap dekat diri sendiri... "mulakan dengan yang kecil"... ucap SubhanAllah sekurangnya 100 kali sehari... sambil tu reflect balik tindakan kite hari hari... tanam dalam kepala nikmat Allah kurnia sehari hari... bila dah selalu fikir pasal Allah... tu tanda kau dah mula ingat Allah...

Bila kau ingat Allah... otak fikir kebesaran Allah... mulut menyebut Allah... apa kebaikannya...? Semua tu akan mula lembutkan hati kau... menghidupkan jiwa kau yang mati... sebab takkan mati jiwa mereka yang mengingati Allah... dan yang paling penting skali... ALLAH INGAT KAU...

1) “In the heart there is hardness which can only be softened by remembrance of Allah. So the slave must treat the hardness of his heart with the remembrance of Allah...”

2) “Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured.” 
(Qur’an, 13:28)

3) “I am to my servant as he expects of Me, I am with him when he remembers Me. If he remembers Me in his heart, I remember him to Myself, and if he remembers me in an assembly, I mention him in an assembly better than his…” 
(Bukhari and Muslim)

4) “When he comes closer to Me by a handspan... I come closer to him an arm’s length... If he draws closer to Me by an arm’s length... I draw closer by a distance of two outstretched arms nearer to him... If my servant comes to Me walking... I go to him running...” 
(Al-Bukhari)

Tu empat hasil google yang mia dapat... bila kau cinta Allah... bila kau cinta Rasulullah... hati kau yang keras jadi makin lembut... hati kau yang hitam jadi makin bersih... kau makin menuju ke jalan Allah... kau dapat pahala... kau dapat syafaat dari Rasulullah... alangkah indah...

Buat masa sekarang mungkin kau belum mula solat... tapi batiniah kau dah makin dekat dengan Allah... kau rasa kau belum mampu zahirkan secara zahiriah... tapi sekurangnya hati kau sedar... yang kau melangkah semakin dekat pada jalan Allah... satu taktik syaitan dalam nak sesatkan anak Adam ialah dengan kepercayaan "semua atau tak payah langsung"... taktik syaitan tu yang selalu buat anak2 Adam ni jadi makin tepu nak berdiri di landasan Islam...


Allah itu Maha Hebat lagi Maha Penyayang... Allah sabar je tgok kita manusia ni buat kemungkaran... membelakangkan Dia... lupa kewajiban kita sebagai hamba... Allah melihat kita yang derhaka padanya... Namun Allah tak tarik nikmat yang dikurnia... Allah siap menunggu lagi... menunggu kita kembali berjalan di landasan yang sebenar... SubhanAllah...

So mula lah dekatkan diri pada Allah... walau mulakan dari sudut batin yang masih terlalu kecik... jangan putus asa... 

Satu step yang bagus ialah belajar kenal Allah dari nama2 Allah... ade 99 nama Allah yang tersebut lam Al-Quran... bile kau dah kenal Allah... otomatik nye lah hati kau akan attach pada Nya... itu yang buat kau makin dekat ngan Allah... buat kau selalu ingat Tuan yang memiliki sekalian alam...

Makin lame kau kenal Allah... makin dalam kau kenal Allah... keinginan kau utk ikut suruhan Allah mesti bertambah... memudahkan proses amal kau... sebab hati kau cinta Allah... jiwa kau penuh dengan ketenangan... dah tak kosong... Allah suluh jalan amal kemudian hari... makin kau cari cahaya... makin cerah Allah suluh jalan kau... hidayah bersinar... kerana itulah... dari satu akan jadi lima... dan insyaAllah membawa kepada lebih dari itu...

Solat itu bukan hobi... yang kau buat bila kau ade masa lapang... solat itu bukan satu habit yang kau dah terlalu biasa... tapi solat tu satu tuntutan... satu cara hidup yang memerlukan keikhlasan dalam melaksanakan...

Sebelom kau start solat... kukuhkan asas kau dulu... tegapkan iman... insyaAllah kukuh rumah di syurga nanti... so,... belajar cara solat yang betol... bacaan yang betul... mule dengan bertatih, merangkak, berjalan dan kemudian baru berlari... bila dah berlari... jgan berhenti... 

Pucuk pangkal HATI kau sendiri.

Buka mata,
Buka hati,
cuba fahami.

AnakManusia,
Amia.