Aku..
siapa aku...?
Aku ringan umpama debu...
Kan diterbangkan angin lalu...
Aku berat umpama batu...
Kan tenggelam didasar kalbu...
Aku kecil...
Sebesar zarah yang tidak kelihatan...
Aku besar..
sehingga kehadiranku umpama gangguan...
Aku melukut...
Hadirku pada meraka yang ruji...
Aku emas salut...
Pada mereka yang menghargai...
Manakan kau layak nikmati sagu...
Andai ruyung tiada usaha kau pecahkan...
Bila kau dah berjalan pergi tinggalkan aku...
Maka jangan menoleh...
Kerana bila aku berjaya memotongmu...
Aku tidak mahu kau berkejar berdampingku...
Kerana kau pernah menganggap aku debu...
Sedangkan aku, adalah aku...
AmiaTersepitMeja
No comments:
Post a Comment